Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian gesa negara dunia tangani jurang digital

Revolusi digital, kesihatan awam, perubahan iklim perlu perhatian masyarakat antarabangsa
Sep 27, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menggesa negara-negara di Perbahasan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unga) untuk mengenal pasti "matlamat pembangunan digital" untuk menangani jurang digital yang telah menyebabkan 3.8 bilion orang di dunia masih lagi belum terhubung secara digital.



Revolusi digital dan tiga aspek utama lain, seperti kesihatan awam, perubahan iklim dan lautan, memerlukan perhatian segera masyarakat antarabangsa, kata menteri itu lagi.



Transformasi digital perlu secara asasnya dapat memperbaiki kehidupan dan memperkasa warga terutama dalam kalangan yang paling miskin dan mudah terjejas, kata Dr Balakrishnan dalam kenyataannya kepada Unga pada lewat tengahari kelmarin di New York.



Pandemik telah mempercepat rentak dan skala revolusi digital sedia ada, tambahnya.



"Jika kita tidak merapatkan jurang digital, kita tidak akan mencapai SDG," kata Dr Balakrishan yang merujuk SDG kepada matlamat pembangunan mampan.



Ia merupakan siri sasaran yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2015 yang mewakili secara meluas gesaan tindakan universal untuk menamatkan kemiskinan, melindungi bumi dan memastikan semua orang menikmati kedamaian dan kemakmuran menjelang 2030.



"Inilah sebab pendigitalan, menimbulkan cabaran global dan memerlukan respon global bersama," katanya.



Isu yang terlibat dalam mencapai matlamat ini termasuk menangani maklumat yang salah, memanfaatkan teknologi digital untuk menggalak inovasi dan pembangunan mampan serta akses adil dan selamat kepada data, dan ini dilakukan dengan memastikan data "tidak dimonopoli oleh beberapa... dengan baki majoriti lain tidak mendapatnya," kata menteri itu lagi.



"Terdapat banyak tumpuan terhadap jurang digital," kata Dr Balakrishnan kepada media Singapura selepas itu dalam satu wawancara dalam talian dari New York.



"Dan dalam sekitaran yang dilanda pandemik, kurangnya kertersambungan bermakna banyak bahagian di dunia ini tidak mendapat akses kepada pendidikan, jagaan kesihatan, maklumat penting dan pekerjaan serta prospek pekerjaan."



Masyarakat antarabangsa perlu mempunyai perbincangan mengenai "rangka kerja norma dan prinsip" serta suara negara kecil perlu didengar.



Transformasi digital perlu tertumpu kepada warga, perlu melibatkan orang dalam kehidupan seharian dan melibatkan kesemua pihak relevan yang berkepentingan, tambahnya.



Beliau turut mengumumkan bahawa Singapura akan menjalankan program bermula tahun depan untuk membantu negara kecil dengan transformasi digital dan pemulihan Covid-19, di bawah satu inisiatif yang diFOSS for Good.



FOSS atau Forum Negara-Negara Kecil, merupakan satu perkumpulan tidak rasmi yang ditubuhkan Singapura pada 1992 dan kini mempunyai 108 anggota.



Bagi aspek kesihatan awam pula, akses kepada vaksin untuk menangani Covid-19 merupakan masalah terbesar yang dihadapi banyak negara, kata Dr Balakrishnan, yang turut menggesa agar penghasilan dan pengagihan global bagi vaksin dipertingkat.



Singapura akan memainkan peranan dengan menderma di bawah inisiatif Covax kepada negara lain yang mempunyai keperluan lebih besar, katanya.



"Sekitar tahun depan, anda akan dapat melihat pembinaan kemudahan oleh BioNTech, Sanofi dan Thermo Fisher, agar terdapat penghasilan vaksin asli di Singapura," kata beliau.



"Ini kerana kita merupakan pasaran yang kecil... kemudahan itu akan direka untuk menghasilkan dan memberikan vaksin kepada negara jiran yang lebih meluas. Inilah cara Singapura untuk menjadi rakan kongsi konstruktif, sering membantu dan boleh dipercayai."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >