Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian harap ketersambungan SG-M'sia pulih sepenuhnya

May 20, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan, melahirkan harapan agar dapat dipulihkan ketersambungan penuh antara Singapura dengan Malaysia berikutan pembukaan semula sempadan antara dua negara.



Memberi contoh, beliau memaklumkan bahawa perjalanan udara telah disambung semula kepada lebih 180 penerbangan seminggu ke tujuh destinasi di seluruh Malaysia, kira-kira 40 peratus daripada tahap penerbangan prapandemik iaitu sekitar 500 penerbangan seminggu.



"Kami berharap dalam beberapa minggu dan bulan mendatang untuk melihat penyambungan semula sepenuhnya sambungan udara. Di laluan darat, Tambak dan Linkedua telah dibuka.



"Terutamanya pada hujung minggu cuti panjang, terdapat laluan trafik yang banyak - belum lagi pada tahap prapandemik, tetapi saya pasti ia akan meningkat dari masa ke masa," katanya kepada wartawan semalam pada hari terakhir lawatan tiga harinya ke Malaysia.



Perkhidmatan feri baru dari antara Desaru (Johor) dan Tanah Merah (Singapura) juga sedang diteroka, tambahnya.



LAPORAN SELANJUTNYA: Vivian: Jalinan kukuh, rapat SG-KL mudahkan hubungan dua hala dikekal




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >