Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian: Isu Myanmar tak harus ganggu hubungan, pembangunan Asean

Tumpuan yang perlu diberi termasuk usaha pembangunan masyarakat, hubungan blok dengan negara luar
Feb 18, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN Asean prihatin akan keadaan di Myanmar, isu di negara itu tidak harus dibenarkan mengganggu keutamaan dan pembangunan yang perlu dilakukan blok serantau itu.



Namun, pada masa sama, Asean amat kecewa dengan tiadanya perkembangan yang diusahakan pihak tentera negara itu dalam melaksanakan Konsensus Lima Perkara Asean yang dipersetujui sebelumnya.



Berkata demikian kepada wartawan melalui sidang maya selepas rahat menteri luar Asean yang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja, semalam, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata banyak perkara perlu diberi tumpuan oleh Asean.



Ini termasuk dalam usaha pembangunan masyarakat Asean, hubungan blok itu dengan negara luar selain penyepaduan ekonomi rantau ini.



"Terdapat keazaman untuk tidak membenarkan isu Myanmar mengalihkan tumpuan Asean kepada perkara utama lain yang perlu dilakukannya.



"Ini termasuk tumpuan kita kepada projek strategik penting, dan hubungan di dalaman dan luar rantau ini. Kita akan terus tangani isu Myanmar, namun ia tidak harus menguasai agenda Asean," terangnya.



Menyentuh tentang isu Myanmar, Dr Balakrishnan berkata Asean amat kecewa kerana selepas tempoh setahun, keganasan masih berlaku, banyak nyawa tidak bersalah terkorban, apalagi dengan wabak Covid-19 yang melanda negara yang sedang bergelora itu.



Asean, katanya, belum melihat sebarang petanda adanya perbincangan antara semua pihak berkepentingan di negara itu, dan keadaan itu amat mengecewakan.



Selain itu, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), menteri luar Asean mengesahkan pelantikan timbalan perdana menteri yang juga menteri luar Kemboja, Encik Prak Sokhonn, sebagai wakil khas Asean bagi Myanmar, semasa rahat itu.



"Namun, pihak tentera Myanmar perlu jujur dan terbuka dan satu ujian besar bagi mereka adalah berapa banyak akses yang mereka akan berikan kepada wakil khas ini.



"Jika beliau tidak diberi akses kepada semua pihak berkepentingan, ini akan membataskan peranannya," kata Dr Balakrishnan sambil menambah bahawa usaha pemulihan di Myanmar tidak akan dapat dicapai dalam sekelip mata, malah akan memakan masa bertahun lamanya.



Antara isu lain yang dibincangkan semasa rahat itu termasuk hubungan Amerika Syarikat-China, kerjasama Asean dalam Bandar Bijak, ekonomi digital, keselamatan siber dan kesihatan (Covid-19).



Sebelum rahat tersebut, Dr Balakrishnan telah melakukan lawatan rasmi selama dua hari bermula Selasa lalu dengan beliau bertemu Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, kelmarin.



Dalam pertemuan itu, mereka mengesahkan semula hubungan mesra dan lama terjalin antara Singapura dengan Kemboja, dan iltizam untuk mengukuhkan kerjasama dua hala sedang dua negara itu berusaha ke arah pemulihan pos-Covid-19.



Dua pemimpin itu juga mengadakan perbincangan meluas mengenai pelbagai perkembangan di rantau ini.



"Mereka berharap dapat melihat kemajuan lanjut dalam rundingan mengenai Tata Laku di Laut China Selatan.



"Mereka juga bersetuju adalah penting untuk memupuk lebih banyak perdagangan dan pelaburan di rantau Asia-Pasifik," ujar kenyataan MFA.



Selain itu, Encik Hun Sen mengalu-alukan hubungan ekonomi yang semakin meningkat serta menggalak lebih banyak pelaburan Singapura, khususnya dalam prasarana dan logistik rantaian sejuk.



Beliau turut melahirkan penghargaan atas sokongan Singapura terhadap pembangunan kapasiti dan pembangunan sumber manusia Kemboja.



Dr Balakrishnan pulang ke tanah air semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >