Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Vivian : Isu TraceTogether tidak diselindung

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



TIDAK pernah ada sebarang percubaan untuk mengelak daripada bersikap telus dan merenungkan kesilapan, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak Dr Vivian Balakrishnan, berhubung penggunaan data TraceTogether dalam siasatan jenayah.



Dr Balakrishnan berkata beliau hanya sedar bahawa polis boleh meminta data TraceTogether bagi tujuan siasatan jenayah di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC) selepas ada orang awam yang bertanyakan beliau pada hujung Oktober lalu sama ada beliau pasti kanun itu tidak akan digunakan walaupun dalam kes pembunuhan.



Beliau kemudian telah meminta kakitangannya untuk melakukan pengesahan untuk mengetahui apakah peruntukan undang-undang yang ada.



"Pada ketika itu, saya dimaklumkan bahawa CPC dikenakan, dan malah, polis telah meminta data TraceTogether dalam satu kejadian sebelum ini," kata beliau.



Beliau kemudian telah mengadakan perbincangan bersama rakan Kabinet kanan tentang sama ada data penjejakan kontak harus diasingkan daripada pelaksanaan CPC.



"Saya berkongsi ini dengan anda agar anda faham bahawa tidak ada perkara yang perlu disembunyikan. CPC merupakan undang-undang bertulis, tetapi saya seharusnya sedar, dan saya seharusnya menjelaskannya dari awal," kata beliau di Parlimen semalam.



Pada 4 Januari lalu di Parlimen, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri) Desmond Tan berkata di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC), polis boleh mengambil sebarang data di bawah bidang kuasa Singapura, termasuk data TraceTogether, bagi tujuan siasatan jenayah.



Kenyataan Encik Tan itu dilihat sebagai bercanggah dengan kenyataan pemerintah pada tahun lalu, iaitu data TraceTogether hanya akan digunakan bagi tujuan penjejakan kontak untuk menangani pandemik.



Dalam sidang Parlimen pada awal bulan lalu, Dr Balakrishnan akur beliau "tidak terfikir" tentang CPC apabila beliau menyebut tentang data TraceTogether sebelum ini.



Menjelaskannya, Dr Balakrishnan berkata "keghairahan bagi teknologi ini (TraceTogether) mengaburi saya", dan beliau tidak membaca seksyen 20 di bawah CPC itu yang memberikan kebenaran kepada polis mengakses mana-mana pangkalan data, termasuk data penjejakan kontak.



Semalam, Rang Undang-Undang Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara) (Pindaan) yang mengehadkan penggunaan data sedemikian bagi penjejakan kontak Covid-19 dan siasatan bagi tujuh kategori jenayah serius sahaja diluluskan di Parlimen.



Sekurang-kurangnya 18 Anggota Parlimen (AP) menyertai perbahasan rang undang-undang itu.



Dalam soalan susulannya, Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, telah meminta Dr Balakrishnan menjelaskan mengapa ia mengambil masa sekitar dua bulan dari hujung Oktober lalu bagi pemerintah menjelaskan keadaan selepas Dr Balakrishnan sedar tentang CPC itu.



Menjawab, Dr Balakrishnan berkata pihaknya telah melakukan pengesahan dan mengadakan perbincangan pada November lalu, dan apabila Encik Chris De Souza (GRC Holland-Bukit Timah) memfailkan soalan Parlimen pada Disember lalu mengenai isu itu, beliau merasakan adalah perkara baik untuk menjelaskan keadaan di Parlimen.



Awal sebelum itu dalam ucapannya, Encik Singh berkata Parti Pekerja (WP) bersedia menyokong rang undang-undang itu yang akan mengehadkan penggunaan data penjejakan kontak oleh polis untuk siasatan bagi tujuh kategori jenayah serius sahaja.



"Dalam erti kata lain, hak seorang warga Singapura kepada privasi lebih dilindungi dengan rang undang-undang ini daripada tanpanya," kata beliau.



AP lain turut mengetengahkan beberapa saranan bagi rang undang-undang itu.



Antaranya, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) telah bertanya sama ada pemerintah dapat mempertimbangkan jenayah terhadap kanak-kanak di bawah 14 tahun atau orang yang mudah dianiaya, dianggap sebagai kesalahan yang cukup serius untuk disertakan dalam rang undang-undang itu.



"Mungkin kita harus membuka sedikit ruang bagi polis atau agensi penguatkuasaan undang-undang untuk meminta perintah mahkamah tertentu bagi membenarkan penggunaan data dalam kes-kes yang luar biasa, terutamanya jika ianya dapat membantu penyiasatan kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak atau kumpulan yang tertentu," kata beliau.



Menjawab soalan itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri) Desmond Tan, berkata data sedemikian berguna dan akan membantu polis menyelesaikan jenayah, namun "kami perlu membuat pertimbangan mengenai keseimbangan antara dua kepentingan kesihatan awam dan keselamatan awam".




"Saya berkongsi ini dengan anda agar anda faham bahawa tidak ada perkara yang perlu disembunyikan. CPC merupakan undang-undang bertulis, tetapi saya seharusnya sedar, dan saya seharusnya menjelaskannya dari awal."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Inisiatif Negara Bijak Vivian Balakrishnan.



"Dalam erti kata lain, hak seorang warga Singapura kepada privasi lebih dilindungi dengan rang undang-undang ini daripada tanpanya."
- Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh.



"Mungkin kita harus membuka sedikit ruang bagi polis atau agensi penguatkuasaan undang-undang untuk meminta perintah mahkamah tertentu bagi membenarkan penggunaan data dalam kes-kes yang luar biasa, terutamanya jika ianya dapat membantu penyiasatan kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak atau kumpulan yang tertentu."
- Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >