Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian: Jerebu tragedi buatan manusia, bukan bencana alam

Nov 04, 2015 | 10:01 AM



MASALAH jerebu adalah tragedi buatan manusia, jenayah dan vandalisme, tegas Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, pada Selasa (3 Nov).


Bercakap dalam Forum Perniagaan Bertanggungjawab mengenai Pembangunan Mampan, beliau menekankan peri perlu meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa bagi mengenakan "tekanan undang-undang dan komersial berkesan" terhadap segelintir syarikat yang terlibat dalam memulakan kebakaran untuk membuka tanah di Indonesia.


"Ini bukan satu bencana alam. Ini tragedi buatan manusia yang disengajakan, vandalisme terhadap masyarakat, terhadap alam sekitar, dan akhirnya, terhadap diri kita sendiri," katanya dalam forum di Pusat Expo dan Persidangan Sands itu.


Dr Balakrishnan juga berkata penmerintah Singapura sedang mengkaji semula amalan pemerolehan untuk melihat bagaimana ia boleh menyokong syarikat yang melaksana amalan mampan.


"Ini akan mengambil kira amalan bukan syarikat tertentu sahaja, bahkan pembekal anda dalam rangkaian anda," ujar beliau.


Pemerintah menjangka syarikat telus mengenai rantaian bekalan, terutama dalam sektor minyak, minyak sawit dan perhutanan, katanya.


Syarikat swasta sektor itu juga digesa mengamalkan "pemerolehan mampan".


Jerebu tebal telah menyemarak permintaan bagi amalan perniagaan bertanggungjawab dan mampan, kata Dr Balakrishnan.


Wakil khas Presiden Indonesia mengenai perubahan iklim di Indonesia, Encik Rachmat Witoelar, memberitahu akhbar The Straits Times beliau bersetuju dengan Dr Balakrishnan bahawa lebih banyak kerjasama diperlukan untuk menangani isu jerebu.


Cuaca kering berpanjangan telah juga memburukkan keadaan jerebu, ujar Encik Rachmat di luar forum tersebut.


Beliau mengulangi bahawa Indonesia memerlukan masa untuk menangani masalah jerebu, dan bersetuju "dari segi moral" adalah betul untuk menghukum syarikat tidak bertanggungjawab, "tetapi ia perlu dilakukan dengan berhati-hati, sebab itu pemerintah (Indonesia) menetapkan tempoh masa dua hingga tiga tahun untuk menyelesaikan ini, termasuk pendakwaan".


Dalam forum itu, Dr Balakrishnan berkata Singapura mahu menjadi ekonomi hijau terkemuka di mana pemerintah dan perniagaan berusaha mewujudkan "sistem eko prasarana dan dasar sokongan" yang akan membantu negara ini menjadi cekap dalam penggunaan kuasa dan air, dan mengurangkan pelepasan karbon dan sisa.


Ini penting bagi penakatan Singapura, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >