Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian ke India bagi lawatan kerja

Jun 16, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, kini berada di India untuk satu lawatan kerja dari semalam hingga esok.



Beliau akan mempengerusikan bersama Mesyuarat Menteri Luar Asean-India Khas (SAIFMM) Menteri Ehwal Luar India, Dr S. Jaishankar, di New Delhi hari ini.



SAIFMM menandakan ulang tahun ke-30 hubungan dialog Asean-India, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Para menteri ehwal luar itu akan membincangkan cara mengukuhkan kerjasama strategik Asean-India dan bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan serantau dan antarabangsa.



Dr Balakrishnan juga akan menemui Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, bersama menteri ehwal luar Asean lain serta Setiausaha Agung Asean, Encik Lim Jock Hoi, di Dialog Delhi XII Sesi Peringkat Menteri hari ini. Beliau juga akan menyampaikan ucapan di acara itu.



Dr Balakrishnan juga akan mengadakan pertemuan berasingan dengan Dr Jaishankar, para menteri dan anggota parlimen India. Beliau ditemani pegawai MFA dalam lawatan itu..




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >