Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian lawat Brunei, pererat hubungan rapat kedua-dua negara

Mar 23, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar Vivian Balakrishnan telah melawat Brunei semalam untuk mengeratkan lagi hubungan khas yang rapat dan kukuh antara Singapura dengan negara itu.



Semasa lawatannya, Dr Balakrishan bertemu dengan Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam.



Dr Balakrishnan juga telah menyampaikan undangan daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong kepada Sultan Brunei untuk melawat Singapura.



Beliau juga telah bertemu dan menghadiri jamuan yang dihoskan oleh Menteri Ehwal Luar Kedua Brunei, Erywan Pehin Yusof.



Mereka telah membincangkan peranan Asean dalam kerjasama serantau semasa Brunei menjadi pengerusinya.



Mereka juga telah bersetuju bahawa keadaan yang berlaku di Myanmar merupakan satu keprihatinan dan mereka menggesa semua pihak di Myanmar untuk meraih huraian damai menerusi dialog konstruktif.



Kedua-dua pihak juga telah membincangkan sokongan Asean agar Myanmar kembali ke jalan pendamaian negara, kedamaian dan kestabilan.



Dr Balakrishnan kembali ke Singapura semalam.



Beliau akan ke Kuala Lumpur, Malaysia hari ini.



Kementerian Ehwal Luar Malaysia berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa Menteri Luar Hishammuddin Tun Hussein akan menghoskan Dr Balakrishnan dalam satu lawatan bekerja dua hari mulai hari ini hingga Rabu.



Ia menambah lawatan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan rapat antara Malaysia dan Singapura.



Encik Hishammuddin dan Dr Balakrishnan dijangka akan membincangkan isu yang menjadi kepentingan bagi kedua-dua negara dalam konteks usaha kerjasama dua hala serta isu serantau dan antarabangsa, kata kenyataan itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >