Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian lawat Indonesia bagi mesyuarat menlu G20

Jul 08, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, mengadakan lawatan kerja ke Bali, Indonesia, dari semalam hingga hari ini untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Luar Kumpulan 20 (G20).



Beliau ke sana atas undangan Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi.



Singapura diundang sebagai Konvenor Kumpulan Tadbir Urus Global, yang merangkumi 30 anggota bersaiz kecil dan sederhana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang bertujuan memudahkan dialog lebih utama antara G20 dan anggota PBB yang lebih luas.



"Berlatar belakang peningkatan ketegangan geopolitik, inflasi tinggi dan kebimbangan mengenai rantaian bekalan global, menteri luar yang hadir akan menumpukan perbincangan mereka bagi mengukuhkan multilateralisme dan menangani keselamatan makanan dan tenaga.



"Mereka akan dipandu oleh tema Kepresidenan G20 Indonesia 2022, 'Pulih Bersama, Pulih Lebih Kukuh"," ujar satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Dr Balakrishnan juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya dari negara lain di luar mesyuarat G20 itu.



Dalam lawatan ke Bali itu, beliau diiringi pegawai MFA.



Singapura bukan ahli G20, namun selalu diundang untuk mengambil bahagian dalam banyak mesyuarat berkaitan kumpulan itu dan sidang puncak G20 yang lalu.



Kumpulan itu merupakan forum ekonomi utama dunia dengan anggotanya membentuk 80 peratus hasil dalam negeri kasar (GDP) dunia, 75 peratus perdagangan global, dan 60 peratus daripada penduduk dunia.



Sementara itu, menteri luar daripada kumpulan itu telah tiba di Bali untuk menghadiri mesyuarat tersebut, yang dijangka dipengaruhi isu berkaitan perang di Ukraine, sedang penyertaan Russia di mesyuarat itu pula boleh menimbulkan keretakan sedang tuan rumah Indonesia cuba menjadi pengantara.



Anggota G20 termasuk sebilangan negara Barat, seperti Amerika Syarikat, Britain dan anggota Kesatuan Eropah (EU), yang menuduh Russia melakukan jenayah perang di Ukraine dan telah mengenakan sekatan terhadap Moscow.



Beberapa anggota lain, seperti China, Indonesia, India dan Afrika Selatan, tidak melakukan tindakan serupa.



Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, tiba di Bali dengan kehadirannya merupakan pertemuan semuka pertama dengan pengkritik utamanya dari negara Barat sejak pencerobohan Moscow ke atas Kyiv.



Beberapa pegawai Amerika dan Eropah telah menegaskan mesyuarat itu tidak boleh "berlangsung seperti biasa", dengan jurucakap menteri luar Jerman berkata negara Kumpulan Tujuh (G7) akan menyelaraskan tindak balas mereka kepada Encik Lavrov.



Pada 2014, G7 mengetepikan Russia daripada G8 selepas Moscow mengilhak Crimea.



Terdapat kawalan keselamatan ketat di kawasan Nusa Dua di pulau itu sempena mesyuarat tersebut, yang berakhir hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >