Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian: Lebih banyak kerjasama sejagat diperlukan untuk tangani jerebu

Sep 29, 2015 | 09:49 AM



LEBIH banyak kerjasama diperlukan untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan, kata Menteri bagi Alam Sekitar dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan.


"Negara-negara sedang menangani masalah itu secara individu... tetapi kita perlu kerjasama serantau dan antarabangsa lebih erat untuk mengenakan tekanan undang-undang dan komersial," kata beliau dalam Sidang Puncak Pembangunan Lestari 2015 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Ahad (27 Sep).


Ini akan menghalang syarikat daripada "mengaup keuntungan melalui pembasmian tidak mapan tanah dan hutan", ujarnya.


Komen Dr Balakrishnan dibuat sedang mutu udara di Singapura mencapai tahap tidak sihat disebabkan jerebu daripada kebakaran hutan di Indonesia. Singapura telah memulakan tindakan undang-undang terhadap lima syarikat yang dipercayai punca kebakaran itu.


Dr Balakrishnan mengaitkan isu jerebu kepada beberapa Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) PBB bagi memastikan kehidupan sihat dan menggalak kesejahteraan untuk semua, serta pengurusan mapan hutan dan mencegah kemusnahan tanah dan kehilangan biodiversiti.


Matlamat itu berada di bawah Agenda 2030 bagi Pembangunan Mampan yang diterima sidang puncak tersebut Jumaat lalu.


Ia bertujuan untuk membasmi kemiskinan, melawan ketidaksamaan dan menangani perubahan iklim sejak 15 tahun akan datang.


Sambil menekankan banyak isu pembangunan mampan tidak boleh ditangani secara sepihak, Dr Balakrishnan berkata kebakaran hutan dan tanah gambut di Asia Tenggara "menjejaskan kesihatan berjuta-juta orang di rantau ini, menjejaskan keselamatan pesawat dan merosakkan ekonomi serantau".


"Jumlah besar karbon dioksida yang dilepaskan mengundurkan usaha global untuk mengurangkan perubahan iklim," katanya.


Sementara itu, pengarah global Program Hutan di kumpulan pemikir Institut Sumber Dunia, Dr Nigel Sizer, memberitahu akhbar The Straits Times salah satu cara bagi Singapura dan Indonesia bekerjasama ialah dengan berkongsi maklumat "yang boleh digunakan untuk membuat syarikat bertanggungjawab bagi kebakaran di tanah mereka".


"Indonesia boleh menerima tawaran Singapura untuk membantu, termasuk kepakaran dalam membantu memahami dan menangani punca kebakaran dan jerebu yang kini malangnya menjadi titik krisis setiap," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >