Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian pengerusi bersama mesyuarat khas Menlu Asean-China

Jun 13, 2016 | 08:51 AM



BEIJING: Menteri Ehwal Luar (MFA) Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, tiba di Kunming, di wilayah Yunnan, pada Isnin (13 Jun) bagi Mesyuarat Khas Menteri Luar Asean-China.



Oleh kerana Singapura penyelaras hubungan semasa dialog Asean-China, Dr Balakrishnan akan mempengerusikan bersama mesyuarat itu dengan Menteri Luar China, Encik Wang Yi esok, umum MFA pada Ahad (12 Jun).



Mesyuarat itu akan membincangkan hubungan Asean-China dan Pelaksanaan Penuh dan Berkesan Deklarasi Tatalaku Pihak di Laut China Selatan dan Perundingan mengenai Kod Etika, MFA berkata dalam satu kenyataan.



Mesyuarat itu diadakan berikutan kebimbangan penigkatan konflik berkaitan pembinaan kemudahan tentera China di pulau-pulau di Laut China Selatan, dan di tengah-tengah misi kebebasan pelayaran dan penerbangan oleh Amerika Syarikat.



Ketegangan juga telah meningkat disebabkan keputusan yang dijangka tidak lama lagi daripada sebuah tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung satu kes timbang tara ke atas tuntutan Laut China Selatan oleh China, yang dibawa Filipina ke mahkamah itu pada 2013.



China telah menyelar timbang tara tersebut dan enggan menyertai prosidingnya, dengan menekankan pendiriannya bahawa rundingan harus dijalankan secara langsung antara negara menuntut.



Pihak menuntut lain perairan yang dipertikai itu ialah Taiwan, Vietnam, Brunei dan Malaysia.



Walaupun telah berkata ia tidak akan mematuhi keputusan itu, China menjalan kempen untuk mendapatkan sokongan antarabangsa, termasuk mengumumkan "persetujuan" dengan Brunei, Kemboja dan Laos bahawa pertikaian wilayah di Laut China Selatan seharusnya dikendali oleh negera-negara terlibat, dan bukan Asean secara keseluruhannya.



Ini membawa kepada kritikan oleh diplomat veteran Singapura, Encik Bilahari Kausikan dan Encik Ong Keng Yong, yang melihat itu sebagai satu langkah untuk memecahbelahkan Asean.



Mesyuarat di Kunming juga mungkin membincangkan perkembangan mengenai cadangan Singapura agar Kod bagi Pertembungan Tidak Dirancang di Laut diluaskan bagi menyertakan kapal pengawal pantai, untuk membantu mengelakkan pertempuran tidak diingini di Laut China Selatan.



Asean dan China sebelum ini telah bersetuju meneroka cadangan itu.



MFA berkata Encik Wang dan pemimpin wilayah di Yunnan akan menjadi hos bagi satu jamuan malam untuk Dr Balakrishnan dan para menteri luar Asean.



Dr Balakrishnan diiringi para pegawai kanan MFA dalam lawatan dua hari itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >