Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Vivian: Projek RTS S'pura-JB mungkin ditangguh lagi

*RTS ditangguh untuk beri tempoh lantik rakan usaha sama dalam projek *S'pura belum terima saranan dari Msia bagaimana untuk gerakkan projek HSR *Pertikaian maritim tidak jejas Pelabuhan Mega Tuas
Mar 08, 2019 | 05:30 AM



PROJEK Sistem Transit Laju (RTS) Link Johor Bahru-Singapura dijangka ditangguh lebih lanjut, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Dr Vivian Balakrishnan.



Ini memandangkan Malaysia telah meminta tempoh melantik rakan usaha sama (JV) dalam projek itu dilanjutkan kepada 31 Mac.



Sebelum ini, negara itu meminta agar tarikh membuat keputusan dilanjutkan kepada 28 Februari.



Singapura juga belum lagi menerima sebarang saranan dari Malaysia tentang bagaimana menggerakkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura sejak ia tertangguh tahun lalu.



Dr Balakrishnan berkata demikian semasa memberi perkembangan terkini tentang dua projek keretapi antara Singapura-Malaysia ketika perbahasan belanjawan Kementerian Pengangkutan (MOT), semalam.



Mengenai RTS, Dr Balakrishnan menjelaskan kededua pemerintah Singapura dan Malaysia, kini di peringkat untuk menawarkan tender terbuka untuk melantik Syarikat Operasi RTS Link (OpCo).



"Meskipun menekankan tanggungjawab kededua pemerintah agar menawarkan tender antarabangsa yang adil, terbuka dan telus bagi melantik OpCo, tetapi dengan semangat kerjasama dua hala, Singapura bersedia berunding dengan Malaysia tentang saranannya bagi rakan JV untuk RTS Link OpCo.



"Malangnya, Malaysia berulang kali melengahkan usaha mengesahkan rakan JV-nya.



"Paling terkini pada 28 Februari, Malaysia telah meminta lanjutan tempoh akhir kepada 31 Mac," terang beliau.



Dr Balakrishnan melahirkan harapan agar negara itu akan mencapai keputusan dengan segera.



Tambahnya, ekoran penangguhan itu, khidmat tersebut tidak lagi dijangka dimulakan pada tarikh yang disasarkan, iaitu 31 Disember 2024.



Beliau menekankan lagi pendirian Singapura yang terus yakin projek itu saling memanfaatkan kededua negara dan komited untuk melaksanakan projek itu sebagaimana yang dipersetujui.



Berhubung dengan HSR pula, Dr Balakrishnan berkata Malaysia telah meminta semasa tempoh penangguhan agar kededua pihak membincangkan bagi menggerakkan projek itu dengan matlamat mengurangkan kos.



"Kami belum lagi menerima sebarang saranan dari Malaysia mengenai hal ini. Kami akan mengkaji sebarang saranan dengan teliti apabila menerimanya.



"Kami ghairah untuk bekerjasama dengan Malaysia apabila projek itu disambung semula," ujar beliau.



Tahun lalu, Malaysia telah meminta agar menangguh projek HSR dan sudah melunaskan sekitar $15 juta pada 31 Januari bagi kos penangguhan yang ditanggung Singapura ekoran penangguhan itu.



Isu pertikaian maritim dua hala, yang mendapat perhatian ramai anggota parlimen, juga telah disentuh Dr Balakrishnan.



Beliau memberi jaminan bahawa pertikaian maritim tidak akan menjejas daya maju Terminal Tuas pada masa depan.



"Kerja pembangunan sedang berjalan sebagaimana dirancang dan tiada kesan ke atas akses bagi kapal yang bersinggah di terminal itu pada masa depan," terangnya.



Dr Balakrishnan juga berkata kemajuan baik telah dicapai sejauh ini dalam hal pertikaian maritim dan berharap dapat memberi pengumuman bersama dalam masa dua minggu mendatang.



Tahun lalu Malaysia telah meluaskan had pelabuhan Johor Bahru secara sepihak hingga memasuki kawasan perairan Singapura.



Dalam ucapannya juga, Dr Balakrishnan menegaskan Singapura mengambil berat tanggungjawab pengurusan trafik udara yang diamanahkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), serta akan terus melabur dalam meningkatkan keupayaanya bagi memastikan piawaian keselamatan dan kecekapan tertinggi.



Baru-baru ini, jiran terdekat Malaysia dan Indonesia telah meminta agar ruang udara yang diuruskan Singapura sekarang, dipulangkan semula.




MENGHUBUNGKAN SINGAPURA KEPADA DUNIA



PELABUHAN



- Kerja pembinaan Terminal Tuas berjalan lancar, dijadual mulakan operasi pada 2021



- Automasi pelabuhan untuk tingkat daya penghasilan



- MPA dan CAAS lancarkan Estet Dron Kelautan dekat Marina South Pier uji penggunaan dron dalam operasi kelautan



- MPA akan perkenal Pelan Digital Industri Pengangkutan Laut bantu syarikat manfaat teknologi digital



PENERBANGAN



- Asean sedang bekerjasama dengan Kesatuan Eropah dan Jepun bagi memeterai perjanjian udara bagi perluas perhubungan



- Bangunkan Rangkaian Pengurusan Laluan Trafik Udara Edaran Berbilang Cara (ATFM) - Pusat Operasi ATFM baru yang mula beroperasi pada Disember 2018 membolehkan pengurus laluan udara berhubung dan menyelaras tugas dengan pengurus laluan udara negara lain



- Prasarana lapangan terbang sedang dipertingkat. Jewel Changi Airport dibuka pada 17 April 2018



- Pembinaan Terminal 5 berjalan ikut jadual, dijangka mula operasi 2030



- Terminal 2 Lapangan Terbang Changi dipertingkat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >