Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian sahkan hubungan mesra SG dan Palestin dalam lawatan ke Ramallah

Mar 20, 2022 | 08:57 PM



MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, mengesahkan hubungan yang mesra antara Singapura dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dalam lawatannya ke Ramallah pada Ahad (20 Mac).



Dalam rangka lawatan itu, Dr Balakrishan telah menemui Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh dan Menteri Ehwal Luar Riyad Al-Malki, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Bagi pihak Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, Dr Balakrishnan juga telah menyampaikan surat undangan kepada Presiden Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh untuk melawat Singapura.



“Menteri Balakrishnan menekankan sokongan berpanjangan dan berprinsip Singapura bagi huraian dua negara yang dirundingkan yang selaras dengan resolusi relevan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dengan Israel dan Palestin hidup bersebelahan dengan aman dan selamat, untuk mencapai huraian yang berdaya tahan, adil dan menyeluruh,” kata MFA.



Dr Balakrishnan juga menggesa kededua pihak supaya mengelak daripada mengambil tindakan sehala yang boleh meningkatkan ketegangan dan menjejas prospek bagi keamanan, menurut MFA lagi.


Dr Balakrishnan juga mengesahkan komitmen Singapura untuk menyokong PA menerusi usaha pembangunan keupayaan dan menggalakkan lebih ramai pegawai Palestin untuk menyertai kursus latihan.



Ini disediakan di bawah Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (ETAP) bernilai $10 juta Singapura untuk rakyat Palestin, kata MFA.



Untuk menyokong PA dalam usaha mengatasi pandemik Covid-19, Dr Balakrishnan juga menyampaikan pakej bantuan penjagaan kesihatan khas bernilai sekitar $750,000.



Ini termasuk 10,000 kit ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) Resolute yang dibangunkan Alliance BioMed yang berpangkalan di Singapura, serta 30,000 pelitup boleh diguna semula Air+ yang didermakan Yayasan Temasek, serta kursus penjagaan kesihatan selain biasiswa possiswazah untuk melatih penggubal dasar dan karyawan Palestin.



“Untuk mendorong penyelarasan lebih rapat dengan PA bagi melaksanakan ETAP, Menteri Balakrishnan menyatakan niat Singapura untuk menubuhkan pejabat wakil di Ramallah untuk menyelaras bantuan teknikal ke PA dan menyokong tugas Wakil Bukan Pemastautin Singapura ke PA.



“Menteri Ehwal Luar PA Riyad Al-Malik mengalu-alukan pembukaan pejabat wakil itu,” kata MFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >