Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian seru pemimpin dunia nilai hukuman mati dengan lebih seimbang

Sep 22, 2016 | 11:13 AM



NEW YORK: Menteri Luar Vivian Balakrishnan menggesa pemimpin dunia supaya mengambil penilaian lebih seimbang mengenai hukuman mati, apabila beliau menjelaskan pendekatan Singapura bagi hukuman itu.



Bercakap dalam satu mesyuarat di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unga) di New York pada Rabu (21 Sept), beliau menolak seruan agar semua negara memansuhkan hukuman mati.



"Perbahasan ini hangat, menyakitkan dan beremosi tetapi saya hanya meminta anggota... dengan hormat merenung pandangan yang dilahirkan, kepelbagaian keadaan dan kesan di lapangan. Dan memberi kepada setiap negara hak kedaulatannya untuk memilih pendekatan kehakiman paling sesuai supaya kita boleh menerima pakai perspektif lebih seimbang mengenai isu kompleks ini," kata Dr Vivian.



Semasa pembukaan Unga, Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki Moon, menggesa semua negara supaya menghentikan hukuman mati.



"Dunia mencapai titik perubahan besar pada 2007 apabila perhimpunan agung menyeru moratorium di seluruh dunia," katanya.



"Sejak itu gerakan menentang hukuman mati telah berkembang... Saya amat bimbang beberapa negara tiba-tiba meneruskan hukuman mati. Negara lain sedang menimbangh memperkenalkan semula hukuman mati. Kita perlu meneruskan perjuangan bagi hak untuk hidup," ujar beliau.



Singapura sering menjadi antara suara minoriti berani mengenai isu hukuman mati di PBB.



Pada majlis sama pada 2014, Menteri Luar K. Shanmugam menolak pemaparan isu itu sebagai "mengambil nyawa melawan tidak mengambil nyawa".



Dr Balakrishnan mengulangi hujah ini dalam ucapannya: "Saya fikir pendirian permulaan yang kita kongsi ialah semua nyawa manusia adalah suci... Persoalan segera yang kita semua hadapi, baik di dalam mahupun luar bilik ini, ialah apakah hukuman mati, dalam konteks betul, dan dalam keadaan sangat terhad memainkan sembarang peranan dalam melindungi kesucian hidup."



Beliau menggariskan pendekatan Singapura bagi penggunaan hukuman mati dan mengapa ia terus terpakai bagi jenayah dadah.



"Di Singapura, hukuman mati masih ada dalam buku undang-undang kami, tetapi ia digunakan dan dengan ketak dalam konteks komitmen tidak berbelah bahagi kepada kedaulatan undang-undang... berdasarkan badan kehakiman kuat dan bebas, mesti undang-undang adil, telus dan proses sepatutnya. Cara kami melaksana sistem kehakiman kami di Singapura penting dalam usaha kami memupuk masyarakat aman, selamat, harmoni dan inklusif," katanya.



"Pada pandangan kami, dan kami dengan rendah hati menyerahkannya untuk pertimbangan anda, hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah dan bagi pembunuhan telah menjadi elemen penting dalam mengekalkan Singapura bebas dadah menjaga keselamatan Singapura. Singapura mungkin antara segelintir negara di dunia yang telah berjaya melawan masalah dadah. Kami tidak mempunyai kawasan miskin, kami tidak mempunyai ghetto, kami tidak mempunyai kawasan yang tidak boleh dikunjungi police. Hukuman mati telah menghalang sindiket dadah besar bertapak di Singapura, dan berjaya mengawal masalah dadah."



Dr Balakrishnan berkata ada sokongan kuat daripada rakyat Singapura bagi hukuman mati dikekal, tetapi beliau menambah bahawa pemerintah tidak mengambil sokongan itu sambil lewa.



"Dari semasa ke semasa kami akan terus mengkaji semula undang-undang kami dan membuat perubahan mengikut keadaan kami," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >