Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian, Setiausaha Negara Amerika bincang kerjasama dua hala

Feb 11, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Encik Antony Blinken, membincangkan tentang kerjasama Asean, Covid-19, perubahan iklim dan situasi Myanmar semalam dalam panggilan menerusi telefon untuk mengukuhkan kembali hubungan dua hala.



Dr Balakrishnan mengucapkan tahniah kepada Encik Blinken atas pelantikannya sebagai Setiausaha Negara AS.



"Mereka menegaskan kembali hubungan baik dan yang lama terjalin antara Singapura dan Amerika Syarikat, dan kerjasama yang kuat dan berkembang dalam pertahanan dan keselamatan, serta perdagangan dan pelaburan.



"Mereka juga sepakat untuk berkerjasama rapat mengenai respons global terhadap Covid-19 dan perubahan iklim," kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan semalam.



Dr Balakrishnan menyambut baik usaha pentadbiran Presiden Amerika, Encik Joe Biden, untuk menjalin hubungan dengan rantau ini dan memperkukuh kerjasama dengan Asean dan rakan serantau yang lain.



Jurucakap Jabatan Luar Negeri AS, Encik Ned Price, berkata dalam satu kenyataan berasingan yang mengesahkan panggilan telefon itu, berkata:



"Setiausaha Blinken dan Menteri Ehwal Luar Balakrishnan merenungkan persahabatan dan kepentingan bersama antara negara kita.



"Kedua-duanya menekankan pentingnya hubuan damai dan ekonomi AS-Singapura dan menegaskan hasrat mereka untuk memperkuat kerjasama di wilayah Indo-Pasifik, termasuk melalui Asean dan forum multilateral lain," tambahnya.



Mereka juga bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan wilayah termasuk situasi di Myanmar, kata pernyataan itu.



Tunjuk perasaan telah kembali di jalan raya Myanmar untuk hari kelima berturut-turut semalam walaupun terdapat sekatan di seluruh negara termasuk perintah berkurung yang dikenakan pemerintah tentera mulai malam Isnin.



AS bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengkritik penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan, yang berarak menentang rampasan kuasa tentera pada 1 Februari daripada pemimpin de facto Aung San Suu kyi dan parti politiknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >