Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vivian: SG, Jerman harap berlaku gencatan senjata segera di Ukraine

Apr 07, 2022 | 05:30 AM



BERLIN: Singapura telah membincangkan situasi "amat menyakitkan" di Ukraine dengan Jerman, dan berharap gencatan senjata segera dilaksanakan, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, pada satu sidang media di Jerman.



Bercakap di Pejabat Luar Persekutuan Jerman di Berlin Isnin lalu, tempat beliau bertemu Menteri Luar Persekutuan Jerman, Cik Annalena Baerbock, Dr Balakrishnan berkata walaupun Singapura jauh daripada tempat konflik itu, ia percaya pada prinsip asas tertentu.



Ia berkaitan prinsip integriti negara, menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara, dan kebebasan daripada ancaman diserang oleh negara lain - semuanya termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Dr Balakrishnan.



"Bagi kami, ini adalah tunggak penting bagi keamanan dan kemakmuran di dunia. Itulah sebabnya walaupun kami adalah sebuah negara bandar kecil yang jauh dari Eropah, kami memutuskan kami perlu mengambil pendirian.



"Bukan menyebelahi mana-mana pihak, tetapi mengambil pendirian berdasarkan prinsip," katanya, sambil menunjukkan bahawa Singapura telah mengutuk keras pencerobohan Russia ke atas Ukraine, dan mengenakan sekatan untuk mengekang keupayaan Russia melakukan perang terhadap Ukraine, lapor The Straits Times.



"Rakyat Ukraine berhak mendapat lebih daripada yang telah berlaku ke atas mereka dalam tempoh enam minggu lalu.



"Kami berharap akan ada ketetapan aman, mengikut Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.



"Mesti ada akses selamat dan tanpa halangan bagi bantuan kemanusiaan ke Ukraine dan golongan paling terjejas secara langsung oleh krisis itu," kata Dr Balakrishnan, sambil menambah bahawa beliau yakin Jerman akan terus memainkan peranan penting dalam hal itu.



Dr Balakrishnan juga ditanya tentang peranan China dalam konflik itu, kesannya terhadap Singapura dan rantau itu, dan bagaimana beliau akan menasihati rakan Eropahnya apabila mereka menentukur semula hubungan mereka dengan China berdasarkan krisis itu.



Memberi respons, Dr Balakrishnan berkata keadaan di Ukraine telah meletakkan risiko "dunia di mana semua negara, besar dan kecil, akan bersuara, akan mempunyai akses kepada penyelesaian pertikaian secara aman, (dan) akan bertindak mengikut norma yang diterima tingkah laku antarabangsa".



Beliau menambah, konflik itu telah merumitkan lagi hubungan "sudah sukar" antara Amerika Syarikat dengan China.



Namun Dr Balakrishnan, yang telah melawat Beijing dan Washington dalam tempoh dua bulan lalu, menegaskan bahawa duta besar China ke Amerika baru-baru ini berkata: "Kerjasama China-Russia tidak mempunyai had, tetapi ia mempunyai garisan bawah.



"Itulah tujuan dan prinsip Piagam PBB, undang-undang antarabangsa dan norma asas yang mengawal hubungan antarabangsa."



"Saya fikir kita harus memberi perhatian kepada apa yang telah diperkatakan, dan memahami bahawa China mempunyai pelbagai kepentingan dalam situasi ini.



"Tetapi saya ingin percaya bahawa kita semua mahu melihat berakhirnya permusuhan, menamatkan penderitaan rakyat Ukraine yang tidak bersalah, dan pemulihan norma tingkah laku antarabangsa."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >