Vivian: S'pura akan perbaharui program bantuan teknikal khas kepulauan Pasifik

SINGAPURA akan memperbaharui program bantuan teknikal khas di bawah Program Kerjasama Singapura (SCP) kepada semua Negara Membangun bagi Pulau Kecil, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, semalam.

Beliau mengumumkan demikian dalam ucapannya pada majlis pembukaan dan jamuan tengah hari Lawatan Sambil Belajar Peringkat Tinggi yang kedua bagi Negara Kepulauan Pasifik dan Timor Leste di hadapan ketua delegasi yang berada di sini dalam rangka lawatan tiga hari bermula semalam.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan