Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Vivian temui Jokowi di Bogor

Jul 18, 2019 | 08:03 AM



MENTERI Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan telah bertemu dengan Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo, semasa lawatan kerjanya ke Jakarta, Indonesia, semalam (17 Julai).



Semasa bertemu dengan Encik Jokowi di Istana Bogor, kedua-dua pemimpin mengesahkan lagi hubungan rapat yang sudah lama dijalin antara Singapura dengan Indonesia.



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), mereka turut berbincang tentang bagaimana kedua-dua negara boleh terus membina asas yang kukuh ini pada masa akan datang.



Encik Jokowi turut berkata Singapura mengalu-alukan kehadiran Encik Jokowi di Perbarisan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos nanti serta Rahat Pemimpin di Singapura.



Lawatan kerja Dr Balakrishnan ke Jakarta yang bermula kelmarin akan berakhir hari ini.



Dalam lawatannya itu, beliau turut bertemu dengan mantan Presiden Indonesia, Encik Susilo Bambang Yudhoyono, di rumahnya di Bogor.



Mereka berbincang tentang pentingnya membina hubungan jangka panjang yang kukuh di setiap peringkat.



Dalam pada itu, beliau turut bertemu dengan Pengerusi Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), Encik Muhaimin Iskandar serta mantan naib gabenor Jakarta, Encik Sandiaga Uno.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >