Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Vivian temui Sultan Johor

Dec 03, 2021 | 05:30 AM

MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan telah menyeberang Koswe ke Johor dalam satu lawatan rasmi semalam, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Lawatan tersebut bertujuan mengesahkan hubungan yang kukuh sejak sekian lama antara dua negara itu.

Semasa lawatan itu, Dr Balakrishnan telah dijemput makan tengah hari oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Dr Balakrishnan turut bertemu Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan kededuanya mengalu-alukan penguatkuasaan Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) darat dan udara antara Malaysia dengan Singapura yang dimulakan 29 November lalu.

Sementara itu, Dr Balakrishnan turut memberi keyakinan bahawa Singapura akan terus menyokong usaha Johor menangani pandemik Covid19.

Menurut MFA, Singapura telah menyumbang sebanyak 100,620 dos vaksin Pfizer-BioNTech yang telah dihantar kepada kerajaan Johor semalam.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3