Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISU RUANG UDARA-LAUT SINGAPURA-MALAYSIA

Vivian timbulkan isu perairan dengan rakan sejawat di telefon

Dec 06, 2018 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan (gambar atas), telah mengemukakan isu peluasan had pelabuhan Johor Bahru dalam panggilan telefon dengan Menteri Luar Malaysia, Dato' Saifuddin Abdullah, semalam.



Beliau juga menekankan agar Malaysia menghentikan pencerobohan dalam perairan Singapura dekat Tuas bagi mengelak ketegangan.



Dalam panggilan itu, Dr Balakrishnan berkata had pelabuhan Johor Bahru kini meluas melebihi had tuntutan perairan wilayah Malaysia dalam kawasan itu, seperti yang tertera dalam peta Malaysia sendiri, pada 1979, yang tidak pernah diterima Singapura, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura semalam.



Di sebalik bantahan diplomatik Singapura, Dr Balakrishnan berkata terdapat 'siri pencerobohan provokatif oleh kapal kerajaan Malaysia ke perairan wilayah Singapura dekat Tuas'.



"Dr Balakrishnan menekankan perlunya Malaysia menghentikan pencerobohan itu dengan segera, bagi mematuhi undang-undang antarabangsa bagi mengelak timbulnya ketegangan yang semakin meningkat,'' ujar kenyataan MFA.



Dr Balakrishnan juga merujuk kepada perbincangan tentang isu ruang udara antara Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, dengan Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke Siew Fook, serta komen terbuka Encik Loke mengenai isu tersebut.



Dr Balakrishnan menekankan bahawa Singapura mematuhi kedaulatan Malaysia.



Tambahnya, kededua negara mempunyai kepentingan bagi memastikan keselamatan penerbangan sivil di ruang udara.



Sebarang saranan perlu memastikan bahawa keselamatan dan kecekapan trafik udara awam tidak dikompromikan, dan kekal dengan piawaian, proses dan prosedur Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).



Dr Balakrishnan berkata Singapura dan Malaysia patut terus membincangkan isu tersebut secara membina dan menekankan akan kepentingan mengekalkan hubungan dua hala yang baik antara jiran terdekat dan mematuhi undang-undang antarabangsa.



Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad, mendakwa peluasan had pelabuhan Johor Bahru itu tidak menceroboh sempadan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >