Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Vlogger' Nas Daily nafi video tentang Singapura ditaja

Aug 31, 2018 | 12:44 PM



PENGHASIL blog popular,Encik Nuseir Yassin, lebih dikenali sebagai Nas Daily, menekankan menerusi satu pos di Facebook semalam bahawa video viral beliau tentang Singapura tidak ditaja. 



Encik Yassin, 26 tahun, terkenal kerana menghasilkan klip video seminit yang dimuatnaikkan setiap hari, mengeluarkan kenyataan itu sebagai maklum balas terhadap pengkritik yang berkata beliau dibayar untuk menghasilkan siri video tersebut. 



Ini termasuk video ‘Why I Hate Singapore’ di mana beliau telah menerangkan mengapa beliau berasa cemburu dengan makanan di Singapura yang bertaraf dunia, keharmonian beragama, dan klip video yang memperkenalkan Lapangan Terbang Changi sebagai lapangan terbang terbaik dunia. 



Beliau juga telah memuatnaikkan beberapa video, antaranya tentang kehidupan warga Singapura biasa bertajuk ‘Crazy Poor Asians’, merujuk kepada tajuk filem Crazy Rich Asians yang dihasilkan penulis yang lahir di Singapura, Kevin Kwan. 



Video-video tentang Singapura telah mendapat antara 1.7 hingga 8.3 juta tontonan setiap satu. 



Video yang ditonton paling ramai pengguna adalah ‘How Singapore Cleans’, yang menunjukkan sistem pembuangan sampah negara. 



Beberapa pengguna internet mendakwa bahawa video-video tersebut, yang datang dengan penafian bahawa ia ditaja, terlalu tertumpu kepada aspek positif di Singapura, kerana ia dibayar oleh pihak berkuasa. 



Sebagai respons, Encik Yassin berkata: “Video-video saya di Singapura 100 peratus tidak ditaja oleh sesiapa. Saya datang sini dengan sendiri, belanjakan wang sendiri, untuk menghasilkan video sendiri tentang negara anda. Dan saya ingin semua orang sedar tentang perkara itu.” 



Beliau juga menambah rasa kecewanya kerana hasil kerjanya dipertikaikan atas “dakwaan yang tidak berasas.”



Tulisnya lagi, beliau ingin memberi tumpuan kepada aspek positif dan mempamerkan yang terbaik di dunia “kerana media arus perdana terlalu banyak menumpukan kepada aspek negatif.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >