Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Vlogger' Nas Daily tegas video tidak ditaja

Sep 01, 2018 | 05:30 AM



BLOGGER pelancongan popular, Encik Nuseir Yassin, yang lebih dikenali sebagai pengasas Nas Daily, menegaskan bahawa video viral beliau tentang Singapura tidak ditaja mana-mana pihak.



Beliau, 26 tahun berkata demikian sewaktu memberi respons kepada kritikan bahawa beliau 'dibayar' untuk menghasilkan siri video mengenai Singapura.



Beliau yang terkenal dengan klip satu minitnya yang dimuat naik setiap hari telah menghasilkan video seperti Why I Hate Singapore, di mana beliau menjelaskan bahawa beliau cemburu dengan makanan kelas dunia dan keharmonian kaum dan agama di Singapura, dan sebuah klip yang memperkenalkan Lapangan Terbang Changi sebagai lapangan terbang terbaik di dunia.



Encik Yassin juga menyiarkan video tentang kehidupan warga Singapura berjudul Crazy Poor Asians yang merujuk kepada filem hit Hollywood Crazy Rich Asians yang dihasilkan Kevin Kwan, anak kelahiran Singapura, serta pergerakan freegan di sini dan sekolah renang bagi bayi.



Setiap klip tersebut mendapat antara 1.7 juta dan 8.3 juta tontonan.



Sesetengah netizen mendakwa bahawa video beliau kebanyakannya memberi fokus kepada aspek positif Singapura, kerana dibayar oleh pihak berkuasa.



Secara tidak langsung, mereka anggap videonya merupakan iklan terselindung.



Satu contoh adalah soalan pengguna Facebook Lee Yew Hoong yang bertanya berapakah beliau dibayar (pemerintah).



Encik Yassin berkata:



"Video saya di Singapura 100 peratus tidak ditaja oleh sesiapa. Saya datang ke sini seorang diri, belanja duit sendiri, untuk membuat video tentang negara anda. Dan saya perlu pastikan semua orang menyedari perkara tersebut," jelasnya.



Encik Yassin menambah, beliau berasa tawar hati kerana hasil kerjanya dicemar disebabkan tuduhan tidak berasas.



Beliau mahu beri tumpuan kepada perkara positif dan memaparkan yang terbaik tentang dunia kerana media arus perdana selalunya fokus kepada yang negatif.



Para pembela Encik Yassin juga memberi komen di posnya yang mempunyai lebih 1,000 komen.



Pengguna Facebook, yang dikenali sebagai 'Ezen Ho' berkata, ini kerana video itu memaparkan secara mendalam prasarana di Singapura atau tempat yang difikirkan orang ramai sukar untuk dikunjungi.



Encik Yassin, yang akan berangkat dari Singapura esok, telah mengadakan sesi beramah mesra terbesar secara spontan bersama pengikut dalam talian beliau minggu lalu di luar Stadium Tertutup Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >