Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemajuan baik dalam perbincangan pembukaan semula sempadan darat S'pura-M'sia; keutamaan buat pekerja satu semula dengan keluarga: MTI

Nov 18, 2021 | 09:48 PM



PEMBUKAAN semula sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia bagi perjalanan bebas kuarantin boleh berlaku tidak lama lagi, dengan kemajuan yang baik hasil perbincangan pemimpin kedua-dua negara.



Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Khamis (18 November) berkata ia berharap dapat memuktamadkan butiran mengenai skim Laluan Perjalanan Buat Individu Yang Divaksin (VTL) tidak lama lagi bagi individu yang ingin melalui perjalanan antara Singapura dengan Johor.



"Ramai pekerja daripada kedua-dua negara sudah sekian lama tidak dapat bertemu keluarga mereka selama beberapa bulan lantas mereka adalah salah satu daripada keutamaan kami apabila kita membuka semula sempadan darat, bagi membolehkan mereka bersatu semula dengan keluarga mereka," kata jurucakap MTI tanpa memberitahu tarikh khusus bagi VTL tersebut.



MTI menjawab pertanyaan media menyusuli laporan di Malaysia yang menyatakan sempadan darat antara Singapura dengan Johor akan dibuka pada 29 November.



Ini akan disejajarkan dengan VTL dua hala bagi perjalanan udara antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.



Di bawah skim ini, individu yang lengkap divaksin boleh memasuki Singapura atau Malaysia tanpa  menjalani tempoh kuarantin panjang. Sebaliknya, mereka perlu diuji negatif Covid-19 sebelum keberangkatan dan sewaktu ketibaan di negara destinasi.



VTL secara umum adalah langkah satu hala oleh Singapura untuk membolehkan pengunjung memasuki Republik ini. Satu sahaja pengecualian adalah bagi Malaysia dan Korea Selatan, di mana Singapura melancarkan secara bersama VTL bagi perjalanan udara dua hala.



Akhbar The Star melaporkan pada Khamis bahawa Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, telah mengumumkan bahawa VTL bagi perjalanan darat antara Singapura dengan Johor akan bermula pada 29 November.



Datuk Hasni berkata bahawa perjalanan darat antara Singapura dengan Johor Bahru hanya akan melibatkan pemegang pas jangka panjang seperti mereka yang bekerja di Singapura atau Johor Bahru.



Pembukaan sempadan darat adalah yang dinanti-nantikan penduduk di kedua-dua pihak, Singapura dan Johor Bahru, serta dilihat sebagai cara paling mudah dan mampu dimiliki buat penduduk kedua-dua negara.



Sebelum pandemik, Koswe Woodlands dan Laluan Kedua Tuas kedua-duanya menampung perjalanan 415,000 individu setiap hari.



Lebih 100,000 warga Malaysia dianggarkan kekal di Singapura dalam tempoh sekatan perjalanan ini.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, berkata pada Isnin bahawa Malaysia dan Singapura berharap dapat melancarkan VTL tidak lama lagi, "kemungkinan dalam masa beberapa minggu mendatang".



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >