Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VTL bersama Arab Saudi, UAE dan Dubai perkukuh ekonomi, ikatan keluarga: Maliki

Nov 16, 2021 | 07:24 PM



LANGKAH Singapura memulakan semula perjalanan udara rentas sempadan bersama Qatar, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) di bawah Laluan Perjalanan Buat Individu Yang Divaksin (VTL) mulai 6 Disember ini merupakan berita baik atas beberapa sebab.



Ia bukan sahaja membantu anggota keluarga yang berjauhan bersatu semula tetapi mengukuhkan penglibatan ekonomi Singapura dengan negara-negara ini dengan peluang terbuka buat golongan usahawan setempat bertemu empat mata dalam urusan bersama rakan niaga di tiga negara berkenaan.



Pengamatan ini dibuat Menteri Di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar dalam catatan Facebook pada Selasa (16 November).



“Ini satu berita baik untuk rakyat Singapura yang tinggal di negara-negara ini. Saya sempat bertemu mereka semasa saya kunjungi negara-negara Timur Tengah ini bulan lepas. 



“Mereka memberitahu saya bahawa mereka tidak sabar menunggu pengaturan sedemikian dan saya gembira VTL akan membantu mereka bersatu semula dengan orang tersayang. 



“Ia juga akan mengukuhkan penglibatan ekonomi kita dengan negara-negara ini kerana komuniti perniagaan kita kini boleh bersemuka antara satu sama lain dalam mereka berurusan bersama,” jelasnya. 



Dr Maliki mempelawa sesiapa yang merancang untuk melawat Ekspo 2020 Dubai agar berkunjung ke Pavilion Singapura yang indah di ekspo tersebut.



“Saya juga gembira kerana VTL akan memudahkan perjalanan bagi masyarakat Melayu/Islam Singapura yang ingin melancong ke Arab Saudi untuk umrah.



“Ramai yang telah meluahkan keinginan untuk menunaikan umrah. 



“Namun saya ingin menasihatkan supaya mereka mengambil semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan, termasuk mengambil dos rangsangan (suntikan penggalak) bila ditawarkan, terus berwaspada semasa menunaikan umrah,” katanya.



Dengan ketetapan itu, mulai 6 Disember, jemaah umrah  boleh pulang ke Singapura  tanpa menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Buat masa ini, mereka perlu menjalani SHN selama tujuh hari.



Selain Arab Saudi, skim VTL juga diluaskan bagi pelawat Indonesia yang ke Singapura dan pelawat dari India mulai 29 November ini, dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar mulai 6 Disember.



Mengumumkan perluasan skim tersebut semasa sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 kelmarin, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, juga mengumumkan Singapura berharap membuka semula “aturan  serupa dengan VTL” bagi perjalanan darat antara Singapura dengan Malaysia dalam beberapa minggu lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >