Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VTL darat SG-M'sia mula Isnin, skim tampung 2,880 orang di fasa pertama

* Buat masa ini VTL (Darat) akan guna laluan Koswe, hanya dibuka kepada warga, PR atau pemegang pas jangka panjang negara yang mereka masuki * Kapasiti akan disemak setiap minggu, bergantung pada situasi pandemik
Nov 25, 2021 | 05:30 AM



HINGGA 2,880 orang dibolehkan merentas sempadan Singapura dan Malaysia setiap hari menggunakan khidmat bas yang diperuntuk apabila dua negara itu memulakan Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) (Darat) melalui Koswe Isnin ini.



Sebagai permulaan, VTL (Darat) itu bertujuan membolehkan warga yang bekerja di luar negara untuk pulang ke negara masing-masing.



Ini terdiri daripada hingga 1,440 warga, penduduk tetap (PR) atau pemegang pas jangka panjang Singapura yang dibolehkan memasuki Singapura setiap hari; serta 1,440 warga, PR atau pemegang pas jangka panjang Malaysia yang dibolehkan memasuki Malaysia.



Singapura dan Malaysia semalam mengumumkan VTL (Darat) bermula Isnin ini bagi membolehkan orang yang sudah divaksinasi penuh untuk mengunjungi negara masing-masing tanpa perlu dikuarantin.



"Ini bertujuan memberi keutamaan bagi mereka yang bekerja di negara masing-masing, untuk menziarahi keluarga mereka," kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura semalam.



Oleh itu, VTL (Darat) buat masa ini hanya dibuka kepada warga, PR atau pemegang pas jangka panjang negara yang mereka masuki.



"Singapura dan Malaysia bermatlamat untuk meluaskan VTL (Darat) untuk merangkumi lebih ramai pelawat, termasuk pelawat umum, mengambil kira situasi kesihatan.



"Seterusnya kami juga akan berusaha ke arah menyambung semula perjalanan menerusi Linkedua di Tuas," kata PMO.



Dalam fasa pertama VTL (Darat) itu, pelawat perlu menaiki bas VTL yang diperuntuk. Transtar Travel dan Handal Indah (juga dikenali sebagai Causeway Link) akan mengendalikan 64 khidmat setiap hari dari 7.30 pagi hingga 9.30 malam setiap setengah jam.



Penjualan tiket akan bermula 8 pagi hari ini.



Semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Koswe merupakan antara sempadan darat paling sibuk di dunia sebelum Covid-19.



"Pelancaran VTL (Darat) ialah langkah besar ke arah menghubungkan semula rakyat dan ekonomi kita. Sedang perjalanan rentas sempadan antara Singapura dan Malaysia dibuka semula secara beransur, ini akan membantu menyegar semula hubungan kita yang lama terjalin dengan Malaysia dan meningkatkan lagi hubungan dua hala kami," kata Encik Lee.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, berkata kapasiti VTL (Darat) akan disemak setiap minggu, dan bergantung kepada situasi pandemik di kededua negara.



Ini telah dibincangkan bersama Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam satu sidang video semalam.



"Ideanya adalah kami akan menyemak setiap minggu untuk melihat jika ada skop untuk meningkatkan kapasiti setiap minggu dan kami berharap situasi ini akan kekal stabil," kata Encik Gan dalam satu sidang media semalam.



Namun, ia akan mengambil masa sebelum trafik di Koswe kembali ke tahap sebelum pandemik, tambahnya.



Beliau juga berharap pekerja akan faham jika mereka tidak dapat membeli tiket bas dengan segera disebabkan kapasiti yang terhad dalam fasa awal pelancaran itu.



VTL (Darat) itu bermula sejajar dengan VTL Udara antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang juga bermula Isnin ini.



Di bawah VTL (Darat), pelawat yang memasuki Singapura perlu diuji negatif dalam Ujian Rapid Antigen (ART) atau Reaksi Rantai Polimerase (PCR) dalam tempoh dua hari sebelum berangkat ke Singapura.



Pelawat yang memasuki Malaysia menerusi VTL (Darat) turut perlu mengambil ART atau PCR dalam tempoh dua hari sebelum berangkat tetapi mereka perlu menjalani ujian juga apabila tiba di Terminal Bas Larkin Sentral.



Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai VTL (Darat) di laman https://www.safetravel.ica.gov.sg/ dan https://www.miti.gov.my.




SEGARKAN SEMULA HUBUNGAN KEDEDUA NEGARA



"Pelancaran VTL (Darat) ialah langkah besar ke arah menghubungkan semula rakyat dan ekonomi kita. Sedang perjalanan rentas sempadan antara Singapura dan Malaysia dibuka semula secara beransur, ini akan membantu menyegar semula hubungan kita yang lama terjalin dengan Malaysia dan meningkatkan lagi hubungan dua hala kami."
- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



ADA SKOP TAMBAH KAPASITI JIKA KEADAAN PANDEMIK STABIL



"Ideanya adalah kami akan menyemak setiap minggu untuk melihat jika ada skop untuk meningkatkan kapasiti setiap minggu dan kami berharap situasi ini akan kekal stabil."
- Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.




SEKILAS VTL (DARAT) SG-M'SIA



  • Pelawat harus warga, Penduduk Tetap (PR) atau pemegang pas jangka panjang negara yang mereka masuki

  • Hingga 2,880 pelawat boleh rentas sempadan melalui Koswe setiap hari

  • Pelawat harus guna bas diperuntuk. Transtar Travel dan Handal Indah (Causeway Link) akan kendali 64 khidmat setiap hari

  • Tiket bas mula dijual 8 pagi hari ini. Perlu ditempah sekurang-kurangnya tiga hari sebelum berangkat. Harga $15 (dewasa) dan $8 (kanak-kanak)

  • 1 ujian Covid-19 (ART atau PCR) untuk masuki Singapura, 2 ujian masuki Malaysia

  • VTL akan diperluas secara bertahap kepada pelawat umum, bergantung pada situasi kesihatan

Laporan lanjut:



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >