Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VTL S'pura dilanjut 6 negara termasuk Thai, Turkey

* Kuota harian bagi VTL juga akan dinaikkan daripada 10,000 kepada 15,000: Iswaran * SG punyai VTL dengan 27 negara sejauh ini
Nov 27, 2021 | 05:30 AM



WARGA Singapura boleh menikmati lebih banyak peluang dan pilihan untuk ke luar negara, setelah Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) semalam mengumumkan Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) dilanjutkan kepada enam lagi negara - Kemboja, Fiji, Maldives, Sri Lanka, Thailand dan Turkey.



Bercakap kepada media semalam, Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, berkata kuota harian bagi VTL juga akan dinaikkan daripada 10,000 kepada 15,000.



Langkah terbaru ini bermakna Singapura kini mengadakan kemudahan VTL dengan 27 negara.



"Secara keseluruhan, mereka menyumbang sekitar 60 peratus jumlah ketibaan di Lapangan Terbang Changi setiap hari (sebelum Covid-19) dan kuota VTL yang saya sebutkan adalah sekitar satu pertiga daripada jumlah ketibaan dari negara itu sebelum Covid-19," ujar Encik Iswaran.



Pengunjung dari Thailand boleh memasuki Singapura di bawah VTL mulai 14 Disember manakala pengunjung dari Kemboja, Fiji, Maldives, Sri Lanka dan Turkey boleh memasuki Singapura di bawah skim tersebut mulai 16 Disember.



Permohonan VTL bagi Thailand akan dibuka mulai 10 pagi, 7 Disember manakala permohonan VTL bagi Kemboja, Fiji, Maldives, Sri Lanka dan Turkey akan dibuka mulai 10 pagi, 9 Disember.



Encik Iswaran berkata Thailand, Kemboja, Maldives, Sri Lanka dan Turkey telah membuka semula sempadannya kepada pengunjung yang sudah divaksinasi dari Singapura, dengan Fiji dijangka melakukan demikian mulai 1 Disember.



Orang ramai yang sudah divaksinasi sepenuhnya dari negara VTL boleh memasuki Singapura tanpa kuarantin dan hanya perlu menjalani ujian Covid-19 di bawah skim itu.



Kanak-kanak bawah 12 tahun yang belum divaksinasi boleh memasuki Singapura di bawah skim itu sekiranya mereka ditemani pengunjung VTL yang memenuhi semua keperluan VTL.



Menurut kenyataan CAAS semalam, 37,001 pengunjung VTL telah memasuki Singapura hingga kelmarin.



Mereka termasuk 20,510 pemilik Pas Perjalanan Bagi Orang Yang Sudah Divaksinasi (VTP) yang merupakan pemegang pas jangka pendek atau panjang, 14,788 warga dan penduduk tetap (PR) Singapura serta 1,703 kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.



Mulai Isnin ini, VTL (Darat) antara Singapura dengan Malaysia akan bermula. VTL (Darat) itu akan bermula sejajar dengan VTL Udara antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang juga bermula lusa.



Menurut CAAS, sebanyak 6,704 VTP telah dikeluarkan bagi pengunjung jangka pendek dan pemegang pas jangka panjang dari Malaysia hingga kelmarin.



VTL (Darat) buat masa ini hanya dibuka kepada warga, PR atau pemegang pas jangka panjang negara yang mereka masuki.



Dalam fasa pertama VTL (Darat) itu, pelawat perlu menaiki bas VTL yang dikhususkan, Transtar Travel dan Handal Indah (juga dikenali sebagai Causeway Link), yang akan mengendalikan 64 perkhidmatan setiap hari.



Menyifatkan langkah VTL (Darat) itu sebagai penting, Encik Iswaran berkata:



"Sedang kita mengambil langkah ini, adalah penting kita juga berusaha... membina keyakinan. Oleh itu, ia bukan tentang berapa cepat atau luas usaha ini dapat dijalankan tetapi untuk membina keyakinan menjalankan usaha ini dengan baik.



"Selepas ia dilancarkan dan kita mempunyai pengalaman, terdapat skop untuk (menimbangkan) bagi menambah jumlah agensi yang terlibat... dan sama ada ia boleh diperluas."



Laporan lain: Sijil kesihatan Covid-19 SG sesuai dengan sistem EU




PENTINGNYA VTL (DARAT) SG-M'SIA



"Sedang kita mengambil langkah ini, adalah penting kita juga berusaha... membina keyakinan. Oleh itu, ia bukan tentang berapa cepat atau luas usaha ini dapat dijalankan tetapi untuk membina keyakinan dengan menjalankan usaha ini dengan baik. Selepas ia dilancarkan dan kita mempunyai pengalaman, terdapat skop untuk (menimbangkan) bagi menambah jumlah agensi yang terlibat... dan sama ada ia boleh diperluas."
- Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >