Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN JUALAN TIKET VTL DIBEKUKAN

VTL: Syarikat penerbangan, bas terima banyak pertanyaan

Dec 24, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT penerbangan dan pengendali bas yang menyediakan perkhidmatan di bawah skim Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) mengatakan mereka kini terima banyak pertanyaan sedang penjualan kedua-dua tiket penerbangan dan perjalanan darat VTL digantung bermula semalam.



Meskipun sesetengah pelanggan berasa kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan tiket perjalanan tanpa kuarantin, syarikat-syarikat penerbangan dan pengendali bas berkata keselamatan pelanggan diutamakan dan akan terus memantau keadaan semasa.



Memberhentikan penjualan tiket penerbangan VTL antara Malaysia dan Singapura buat sementara ini semalam, syarikat penerbangan Malaysia Airlines berkata syarikat itu akan terus memantau keadaan yang berlaku untuk memastikan operasi yang selamat dan lancar.



Namun, Malaysia Airlines berkata perkhidmatan bagi mereka yang sudah beli tiket VTL sebelum ini akan diteruskan.



"Pelanggan harus memastikan mereka memenuhi syarat dan keperluan di bawah program VTL melalui udara, jika gagal, mereka mungkin dinafikan masuk ke dalam pesawat," kata Malaysia Airlines.



"Pelanggan masih boleh menempah penerbangan untuk penerbangan bukan VTL, tertakluk kepada keperluan perjalanan dan kesihatan di destinasi yang tiba."



Kelmarin, orang ramai beratur panjang di pusat perkhidmatan Singapore Airlines (SIA) di Orchard Road sebaik sahaja pengumuman bahawa syarikat penerbangan tidak lagi dibenarkan menjual tiket baru untuk penerbangan VTL ke Singapura hingga 20 Januari.



Menjawab pertanyaan Berita Harian mengenai kesesakan tersebut, SIA enggan mengulas mengenai bilangan tempahan kerana sensitiviti komersial.



SIA berkata bilangan pertanyaan yang tinggi bermakna wakilnya mungkin mengambil masa beberapa jam untuk menangani pelanggan.



"Pelanggan yang ingin mendapatkan bantuan di pusat servis ION kami akan diberi nombor giliran dan akan dimaklumkan melalui SMS apabila giliran mereka tiba," tambahnya.



Syarikat penerbangan itu turut menggesa pelanggan yang telah menempah terus dengan SIA untuk meminta bantuan menggunakan borang bantuan dalam talian, kerana ini akan membantu ejennya memberi tumpuan kepada pelancong dengan tempahan untuk penerbangan yang akan berlaku terlebih dahulu.



SIA dan Scoot mengendalikan penerbangan VTL dari lebih 20 negara, termasuk Malaysia, Indonesia, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara Eropah.



Menurut laporan The Straits Times, semua tiket bas VTL dari Singapura ke Johor Baru yang dijual oleh pengendali bas Causeway Link untuk Januari telah ditempah kerana ramai rakyat Malaysia di sini bergegas mendapatkan tiket untuk pulang sebelum Tahun Baru Cina.



Tempahan tiket antara 21 hingga 31 Januari yang ditawarkan oleh Causeway Link, salah satu daripada dua pengendali bas yang menggunakan laluan itu, sudah dijual habis dalam beberapa jam.



Jurucakap Causeway Link berkata masih terdapat tiket dari Johor Baru ke Singapura tersedia untuk tempoh yang sama.



Syarikat itu telah mula menjual tiket sebelum pengumuman, tetapi pertanyaan dan tempahan melonjak selepas itu.



Selain penggantungan penjualan tiket bas sehingga 20 Januari, tiket mulai 21 Januari juga dihadkan lagi oleh Pemerintah.



Ia dikurangkan sebanyak separuh kuota untuk perjalanan VTL darat.



Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) berkata bahawa hanya terdapat 28 bas setiap hari - 24 setiap hala - kurang daripada sejumlah 100 bas yang kini beroperasi.



Pengendali bas kedua, Transtar Travel, pula berkata bahawa ia mengambil tindakan secara berperingkat untuk penjualan tiket mereka dengan menjual tiket hanya sehari setiap hari, bermula dengan tiket untuk 21 Januari pada hari Rabu.



Tiket bagi laluan Singapura-Johor Baru habis dijual dalam masa sejam selepas jualan dibuka pada 8 pagi, kata jurucakap Transtar Travel, walaupun masih terdapat tiket untuk Johor Baru ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >