Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

VWO dilantik tawar khidmat keluarga titipan

Ervina Mohd Jamil
Oct 29, 2014 | 04:20 PM



PEMERINTAH akan melantik badan kebajikan sukarela (VWO) untuk menubuhkan agensi yang menawar khidmat keluarga titipan bagi kanak-kanak memerlukan.


Langkah menubuhkan Agensi Titipan itu merupakan satu program rintis yang akan dijalankan selama tiga tahun mulai tahun depan.


Program itu dianggarkan menelan belanja $8 juta.


Demikian diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Chan Chun Sing, ketika berucap di Sidang Pemulihan dan Jagaan Perlindungan di hotel Mandarin Orchard, pagi tadi.


Agensi itu antara lain berperanan menilai individu yang memohon menjadi ibu bapa angkat, memberi sokongan berterusan bagi membantu ibu bapa angkat menjaga anak angkat mereka dengan lebih baik serta memanfaatkan rangkaian pertubuhan mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang perlunya ibu bapa angkat dan merekrut mereka.


Kini, ketiga-tiga peranan itu dijalankan pemerintah.


Langkah menubuhkan FA itu akan menyokong usaha pemerintah mendapatkan lebih ramai ibu bapa angkat yang boleh menawarkan sekitaran semula jadi di rumah bagi kanak-kanak memerlukan itu.


"Dengan lebih ramai (golongan kanak-kanak) berisiko dan berkeperluan rendah berada dalam sekitaran rumah, kami dapat lebih menumpukan sumber kami pada sekitaran institusi bagi mereka yang lebih berisiko dan berkeperluan tinggi," kata Encik Chan sambil menambah, pemerintah dan rakan kerja mereka akan terus bekerjasama bagi meningkatkan usaha menawarkan sekitaran di rumah sebagai tempat penjagaan alternatif untuk kanak-kanak memerlukan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >