Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wabak beri peluang pusat tarikan pertingkat prasarana

Kerja peningkatan Haw Par Villa hampir siap, Resorts World Sentosa teruskan pelan luaskan tarikan
Feb 09, 2021 | 05:30 AM



DENGAN kelembapan dalam industri pelancongan dan pelayanan, beberapa perusahaan sedang menggunakan waktu ini untuk menaik taraf dan meluaskan tempat tarikan pelancongan tempatan dalam persiapan untuk mengalu-alukan kedatangan pelawat pada masa akan datang.



Seperti contoh, Haw Par Villa ditutup pada bulan Oktober tahun lalu bagi Lembaga Pelancongan Singapura (STB) melakukan kerja-kerja naik taraf yang dijangka siap tahun hadapan.



Ini termasuk kerja mempertingkatkan lampu-lampu pada waktu malam, kerja pembaikan sistem pengalihan udara untuk kawasan diorama, dan juga kerja-kerja pemuliharaan arca-arca.



Bercakap kepada akhbar The Straits Times untuk program The Big Story kelmarin, ketua eksekutif STB, Encik Keith Tan, berkata: "Saya percaya beberapa hotel juga telah mengambil peluang ini untuk membuat kerja-kerja pembaikan atau mempercepatkan rancangan pengubahsuaian mereka."



Resorts World Sentosa (RWS) sedang meneruskan rancangan untuk meluaskan tempat tarikan itu yang diumumkan pada 2019. Ini termasuk daya tarikan baru di Universal Studios Singapore seperti Minion Park dan Super Nintendo World.



Ketibaan pelawat di sini adalah yang paling rendah dalam masa lebih kurang empat dekad di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Terdapat kira-kira 2.7 juta kedatangan pelawat tahun lepas, dengan kemerosotan sebanyak 85.7 peratus daripada jumlah yang dicatatkan pada tahun 2019.



Hampir kesemua ketibaan tahun lepas berlangsung pada dua bulan pertama, kata STB sebelum ini.



Keuntungan daripada sektor pelancongan juga merosot sehingga 78.4 peratus kepada $4.4 bilion pada tiga suku pertama tahun lepas, berbanding tempoh yang sama pada 2019.



Dengan pelancongan antarabangsa dihentikan buat masa ini, sektor pelancongan domestik kini memainkan peranan penting dalam menyokong industri pelancongan di sini, tambah STB.



Lebih 300,000 rakyat Singapura telah menggunakan Baucar Teroka Semula Singapura mereka untuk menempah penginapan di hotel, dan juga tarikan dan lawatan sejak 1 Disember lalu.



Ketika ditanya jika baucar seperti itu akan diberikan sekali lagi, Encik Tan menjawab beliau tidak tahu.



"Saya rasa apa yang kami inginkan ialah untuk rakyat Singapura menggunakan baucar yang mereka ada sekarang untuk keluar dan memberi sokongan kepada perniagaan pelancongan tempatan."



STB berkata sekitar 10 peratus daripada pakej berjumlah $320 juta itu, atau kira-kira $36 juta, telah digunakan pada 1 Januari.



Encik Tan berkata keutamaan kini adalah memastikan negara berada dalam kedudukan terbaik untuk menarik lawatan ke Singapura apabila sempadan dibuka semula.



Beliau berkata STB akan menggandakan usahanya untuk memastikan perniagaan pelancongan mempunyai keupayaan untuk menyokong pengalaman lawatan yang lebih kecil dan selamat tanpa sentuhan.



"Kami akan meneruskan usaha dalam memastikan pemandu pelancong kami mempunyai kemahiran untuk bertindak sebagai perkhidmatan rencam (concierge) pelancong yang selamat kepada kumpulan yang melawat Singapura untuk membantu mereka mengurus sekatan di Singapura dengan selamat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >