Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wabak HFMD mungkin bertambah jadi paling teruk

Jun 09, 2016 | 08:01 AM



SINGAPURA mungkin mengalami salah satu wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) paling teruk di sini, dengan jangkitan mencapai jumlah hampir rekod sejak beberapa bulan lalu.



Jumlah 18,241 jangkitan setakat ini adalah yang kedua tertinggi bagi tempoh 21 minggu pertama dalam sesetahun, diatasi hanya oleh jumlah 21,102 jangkitan pada 2012.



Sebagai perbandingan, jumlah median bagi tempoh sama sepanjang lima tahun lalu hanya 8,193.



Profesor Madya Chong Chia Yin, seorang perunding penyakit berjangkit kanan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), berkata lebih 200 kanak-kanak telah dimasukkan ke hospital itu kerana HFMD tahun ini.



"Kebanyakan kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital kerana demam dan kurang selera makan, dehidrasi ringan atau sawan demam disebabkan demam tinggi. Tiada yang mengalami komplikasi serius," katanya, lapor akhbar The Straits Times pada Khamis (9 Jun).



Komplikasi serius jarang berlaku, tetapi jangkitan boleh merosakkan otak, paru-paru atau jantung. Tanda-tanda HFMD termasuk demam, ulser dalam mulut dan lidah, lepuh pada tangan, kaki dan punggung, kurang selera makan dan kelesuan.



Kanak-kanak boleh mengalami dehidrasi akibat tidak cukup minum kerana berasa sakit jika minum.



Semasa wabak HFMD pada 2000-2001 yang dikaitkan dengan jenis EV71 yang lebih berbahaya, tujuh pesakit meninggal dunia.



Wabak yang sedang berlaku sebahagiannya disebabkan oleh ibu bapa menghantar anak mereka yang sakit ke tajaka dan enggan mengambil mereka pulang apabila diminta berbuat demikian.



Orang dewasa juga boleh mendapat HFMD dan ia biasanya lebih teruk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >