Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wabak, kesejahteraan mental dan pengganasan kini dalam kod amalan pengurusan risiko

Nov 11, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah menyemak kod amalan pengurusan risiko bagi merangkumkan risiko berkaitan wabak penyakit berjangkit, kesejahteraan mental dan ancaman pengganasan.



Mengumumkan semakan ketiga kod itu semalam, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, berkata kod yang disemak itu akan membantu syarikat lebih memahami cara membina daya tahan dalam bidang-bidang baru itu.



Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Persidangan Pegawai Kesihatan dan Keselamatan Tempat Kerja (WHSO) ke-19.



Tema persidangan tahun ini berkaitan peranan WSHO dalam menyepadukan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja sedang Singapura beralih ke fasa Covid-19 menjadi endemik.



Encik Zaqy berkata kementeriannya telah menerima maklum balas terus terang daripada WSHO bahawa dua tahun kebelakangan ini sangat mencabar, kerana mereka perlu mencegah kemalangan dan pada masa sama mencegah penularan Covid-19 di tempat kerja.



WSHO, yang tidak diberi lebih banyak sumber dan sokongan, mendapati ia lebih mencabar, ujarnya.



"Bagi syarikat menguruskan kedua-duanya, kecederaan dan pencegahan Covid-19, dengan baik, mereka perlu mengakui peranan penting WSHO dan melengkapi mereka dengan sumber dan kemahiran sesuai.



"Kedua-dua bidang ini penting untuk mengelakkan gangguan mahal ke atas kerja, dan bagi melindungi kebajikan pekerja.



"Ini tidak boleh menjadi tanggungjawab WSHO sahaja. Ia tanggungjawab seluruh syarikat," kata Encik Zaqy.



Oleh itu, majikan harus memperuntuk tenaga kerja dan sumber mencukupi untuk menjaga kedua-duanya, penggalakan kesihatan dan pencegahan kemalangan.



Majikan juga harus memperuntuk masa dan sumber untuk WSHO menghadiri latihan dan membina kemahiran mereka, kerana ini melangkaui latihan awal mereka, dan ada banyak lagi perlu dipelajari, terutama di luar keselamatan dan kesihatan tempat kerja biasa, ujar Encik Zaqy.



Beliau menambah bahawa pemerintah akan melakukan bahagiannya untuk menyokong WSHO dengan mengembangkan kod amalan pengurusan risiko.



"Semakan ketiga kod amalan itu akan merangkumi risiko baru yang berkaitan wabak penyakit berjangkit, kesejahteraan mental dan ancaman pengganasan.



"Akan terdapat juga lebih banyak contoh, daripada mengenal pasti dan menilai potensi risiko kepada melaksana kawalan risiko.



"Ini akan membantu syarikat lebih memahami cara membina daya tahan dalam bidang-bidang baru ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >