Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KES AJARAN SESAT

Banyak faktor yang perlu ditimbang sebelum bawa kes ke mahkamah

Dec 06, 2020 | 05:30 AM



BANYAK faktor yang perlu dipertimbang Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebelum membuat keputusan mengemukakan kes ajaran sesat ke mahkamah, kata peguam Encik Ahmad Nizam Abbas.



Ini termasuk matlamat yang ingin dicapai daripada langkah tersebut.



"Apa yang ingin dicapai? Adakah ia untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kemungkinan mereka juga boleh dipengaruh?



"Bukankah ini matlamat yang lebih besar dan adakah cara yang lebih baik untuk mencapainya?" ujar peguam daripada firma K&L Gates Straits Law itu.



Encik Ahmad Nizam berkata Jawatankuasa Fatwa dan Muis hanya mempunyai kuasa menyiasat ajaran sesat itu dan membuat pengisytiharan berhubungnya.



Tambahnya, langkah mengemukakan kes ajaran sesat ke mahkamah di bawah Seksyen 139 Amla memerlukan individu atau pertubuhan membuat aduan.



Seksyen 139 (1) Amla antara lain menetapkan bahawa sesiapa yang didapati mengajar atau menyebarkan ajaran sesat yang bertentangan dengan undang-undang Islam boleh didapati bersalah dan boleh didenda hingga $2,000 serta dipenjara hingga 12 bulan.



Menerangkan proses undang-undang yang terlibat, Encik Ahmad Nizam berkata polis akan menyiasat selepas aduan itu dibuat.



Polis kemudian akan mendapatkan nasihat daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) yang akan membuat keputusan sama ada untuk mendakwa berdasarkan pelbagai faktor termasuk sama ada ia menjejas ketenteraman awam, terdapat elemen pencegahan serta jumlah orang yang terjejas.



Sekiranya AGC memutuskan tidak mendakwa, mereka boleh memberi amaran atau memutuskan tiada tindakan lanjut diambil.



Muis pula boleh mengeluarkan saman privet namun menurut Encik Ahmad Nizam, ini akan memerlukan banyak sumber kerana Muis akan memainkan peranan pendakwa raya dan antara lain perlu menyediakan saksi dan bukti serta mengeluarkan dakwaan dan melawan kes itu di mahkamah.



"Persoalannya ialah sama ada begitu banyak sumber dan masa diperlukan untuk mengeluarkan saman privet sedangkan terdapat alternatif, iaitu pendidikan awam?



"Dan apakah yang akan dicapai Muis jika individu yang mengajar ajaran sesat itu dihukum?" ujar beliau.



Tambahnya, tiada rekod sebarang kes yang dibawa ke mahkamah di bawah Seksyen 139 Amla sejauh ini dan Jawatankuasa Fatwa biasanya mengambil pendekatan pendidikan awam untuk menangani ajaran sesat.



Encik Ahmad Nizam berkata demikian dalam rakaman podcast #NoTapis yang membincangkan isu ajaran sesat, berlatar belakangkan laporan media baru-baru ini mengenai seorang individu yang dikatakan mendakwa dirinya nabi dan mempunyai isteri-isteri yang dinikahi secara batin.



Minggu lalu, Muis sekali lagi menggesa orang ramai yang mempunyai bukti supaya tampil membantu dalam siasatan terhadap kegiatan yang didakwa melibatkan lelaki yang memimpin kumpulan ajaran sesat itu.



Daripada sudut pandangan undang-undang jenayah yang meluas, dan bukan terhad pada ajaran sesat, Encik Ahmad Nizam berkata bukti boleh tampil dalam pelbagai bentuk tetapi bukti paling kukuh ialah bukti langsung daripada mangsa atau mereka yang terlibat secara langsung dan bukan yang didengar atau diperoleh daripada pihak lain.



"Mutu bukti yang dikemukakan sangat penting. Tidak semestinya ada 100 orang yang tampil memberi bukti, bermakna bukti itu 100 kali lebih kukuh," ujarnya.




PENDIDIKAN AWAM SATU ALTERNATIF?

Persoalannya ialah sama ada begitu banyak sumber dan masa diperlukan untuk mengeluarkan saman privet sedangkan terdapat alternatif, iaitu pendidikan awam? Dan apakah yang akan dicapai Muis jika individu yang mengajar ajaran sesat itu dihukum?

– Encik Ahmad Nizam Abbas, peguam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >