Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wad 9D, TTSH dibuka semula 22 Mei dengan langkah keselamatan dipertingkat

May 21, 2021 | 07:53 PM



WAD 9D di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) yang menjadi tumpuan penularan jangkitan Covid-19 di hospital itu akan dibuka semula pada Sabtu (22 Mei) dengan beberapa langkah keselamatan dipertingkat bagi melindungi pesakit dan kakitangannya.



Menurut TTSH, siasatan epidemiologi mengenai punca jangkitan dalam hospital itu masih lagi dikenal pasti.



Pengarah Khidmat Perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak, berkata pada Selasa (18 Mei), pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan jangkitan berlaku menerusi udara dalam perkarangan hospital ini sambil merujuk pada laporan yang memberi gambaran kemungkinan jangkitan dari udara berlaku di beberapa situasi, khususnya sekitaran tertutup dengan aliran udara terbatas dan pengalihan udara lemah.



Bagi membolehkan pengalihan udara dan pembersihan udara lebih baik, pihak hospital telah memasang kipas angin ekzos dan penapis Hepa mudah alih di Wad 9D, sebuah wad kelas C.



Kipas angin ekzos itu akan mengubah udara enam hingga 12 kali sejam dengan memastikan udara di kubikel sentiasa digantikan manakala penapis Hepa itu pula antara lain meluputkan habuk dan bakteria.



TTSH akan secara beransur-ansur memasang kelengkapan ini di kesemua wad hospital apabila ia perlahan-lahan membukanya bagi rawatan pesakit baru.



Pihak hospital telah menghentikan kemasukan pesakit bagi dua minggu apabila kelompok jangkitan bertambah kepada 46 pesakit. Kelompok ini dikaitkan kepada Wad 9D di mana seorang jururawat didapati positif Covid-19 pada 28 April.



Dua pesakit yang berkait dengan kelompok hospital ini meninggal dunia kerana komplikasi Covid-19. Mereka terdiri daripada wanita Singapura berusia 88 tahun dengan sejarah penyakit barah, darah tinggi, kegagalan jantung sebak dan kolestrol tinggi serta lelaki 70 tahun dengan sejarah penyakit barah paru-paru dan degupan jantung yang cepat dan tidak menentu.



Wad dengan tampungan 40 katil ini diasingkan menerusi kubikel dengan enam katil bagi setiap kubikel.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >