Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Wad maya' bolehkan pesakit Covid-19 pulih di rumah di bawah pemantauan

Kemudahan bagi pesakit dengan keadaan stabil tetapi tidak layak untuk program pemulihan di rumah (HRP)
Jan 06, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA hospital setempat telah menyediakan 'wad maya' Covid-19 supaya pesakit dengan keadaan kesihatan yang stabil, tetapi tidak layak untuk program pemulihan di rumah (HRP), dibenarkan pulih dari rumah mereka sendiri.



Pesakit ini termasuk mereka yang belum mendapatkan vaksinasi, mereka yang menggunakan ubat imunosupresif, dan pesakit dengan keadaan perubatan kronik.



Wad maya Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) telah membantu lebih 500 pesakit Covid-19 setakat ini, menjimatkan 3,500 hari pesakit menjalani pemulihan di hospital sejak September tahun lalu, kata Dr Stephanie Ko, perunding di Bahagian Perubatan Dalaman Lanjut, di Jabatan Perubatan Hospital Universiti Nasional (NUH).



Wad itu juga telah mendaftarkan beberapa kes Omicron, dan ia bersedia membantu dengan kapasiti katil jika lonjakan Covid-19 melanda, katanya kepada akhbar The Straits Times baru-baru ini.



Rawatan di wad maya adalah sama seperti di kemudahan rawatan atau hospital Covid-19 - dengan doktor dan jururawat melakukan 'rondaan wad' setiap hari atau setiap hari melalui telekonsultasi, dan untuk memastikan pesakit mengambil tanda-tanda vital mereka secara rutin, kata Dr Ko.



Pasukan penjagaan juga boleh melawat rumah pesakit jika perlu - seperti untuk memberikan ubat berasaskan titisan untuk membantu pesakit Covid-19 berisiko tinggi mengurangkan risiko mereka dari mendapat penyakit radang paru-paru, atau melakukan ujian darah.



"Di wad maya Covid-19, jururawat kami mengajar pesakit cara memantau suhu, tahap oksigen dan tekanan darah mereka sendiri.



"Pesakit dengan telefon bijak didaftarkan ke dalam 'chatbot' tanda-tanda vital yang akan mengingatkan mereka untuk mengambil bacaan ini dan menyerahkannya melalui borang dalam talian sebanyak tiga kali sehari," tambahnya.



Bagi pesakit tanpa telefon bijak, mereka akan dipinjamkan tablet dengan alat ukuran yang disambungkan dengan teknologi Bluetooth, supaya mereka boleh mengambil bacaan mereka, yang boleh dilihat oleh pasukan jagaan wad maya melalui papan pemuka.



"Sekitar separuh daripada pesakit kami telah dirujuk dari salah satu daripada tiga hospital kluster kami - Hospital Universiti Nasional (NUH); Hospital Alexandra (AH) atau Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) - selepas tempoh tinggal di hospital.



"Separuh lagi dirujuk kepada kami terus daripada penyedia masyarakat seperti Poliklinik Universiti Nasional (NUP) atau Kumpulan Petugas Pengurusan Kes di Kementerian Kesihatan (MOH), untuk pesakit yang berada di rumah dan ingin meneruskan proses pemulihan di rumah daripada pergi ke kemudahan tersedia," kata Dr Ko.



Pesakit sedemikian merupakan warga emas - berusia 80 tahun dan ke atas - dan telah mendapat vaksin sepenuhnya, atau lebih daripada 50 tahun dan tidak diberi vaksin sepenuhnya, mempunyai keadaan perubatan kronik atau sistem imun yang lemah, seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau telah menjalani pemindahan organ.



Sehubungan itu, Hospital Besar Singapura (SGH), yang menubuhkan wad maya Covid-19 pada 8 Oktober lalu, telah mendaftarkan 120 pesakit setakat ini, kata ketua dan perunding di Jabatan Perubatan Keluarga dan Penjagaan Berterusan SGH, Dr Michelle Tan.



Pesakit di bawah program ini dipantau dari jauh dengan bantuan bot pemesejan dikenali sebagai 'Doctor Covid', di mana mereka dikehendaki melaporkan tanda-tanda vital mereka seperti tahap ketepuan oksigen, kadar nadi dan suhu sebanyak tiga kali sehari, tambah Dr Tan.



Menegaskan bahawa Singapura sedang mempersiapkan diri untuk kemungkinan gelombang Omicron pada Februari atau Mac nanti, Dr Tan merasakan bahawa wad maya itu akan memainkan "peranan yang sangat relevan" dalam senario sedemikian.



Buat masa ini, wad maya ini mempunyai kapasiti untuk menampung 100 pesakit pada satu masa, walaupun ia boleh ditambah sehingga 200 pesakit apabila diperlukan, jelas Dr Tan lagi.



"Melalui pengalaman kami mengendalikan wad maya Covid-19 sejak beberapa bulan lalu, saya rasa kami pasti akan dapat meningkatkan kapasiti kami untuk menyokong keadaan dengan lebih baik dan mengimbangi beban pesakit di hospital," ujarnya.




"Di wad maya Covid-19, jururawat kami mengajar pesakit cara memantau suhu, tahap oksigen dan tekanan darah mereka sendiri.

Pesakit dengan telefon bijak didaftarkan ke dalam 'chatbot' tanda-tanda vital yang akan mengingatkan mereka untuk mengambil bacaan ini dan menyerahkannya melalui borang dalam talian sebanyak tiga kali sehari."

- Dr Stephanie Ko, perunding di Bahagian Perubatan Dalaman Lanjut, di Jabatan Perubatan Hospital Universiti Nasional (NUH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >