Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wadah e-dagang baru ingin bantu jenama makanan tempatan perluas jangkauan

Aug 26, 2021 | 06:24 PM



WADAH e-dagang baru dilancarkan untuk mempamerkan jenama makanan tempatan dan membantu syarikat ‘start-up’ yang kurang dikenali untuk menjangkau pasaran yang lebih luas, di Singapura dan juga secara global.

Food Culture Singapore, yang dilancarkan pada Hari Kebangsaan dengan lebih 30 jenama di bawahnya, merancang untuk menambah senarai tersebut kepada sekurang-kurangnya 100 jenama akhir tahun ini.

Pelanggan boleh membeli produk-produk di bawah jenama yang tersenarai di laman foodculture.sg.

Pengasas wadah itu, Encik John Cheng, yang juga merupakan pengarah perniagaan gula keluarganya Cheng Yew Heng, berkata pandemik Covid-19 telah menjejas penjualan produk mereka.

Ini termasuk gula-gula keras Jewels yang dihasilkan syarikat itu, di mana sebahagian besar penjualannya bergantung kepada pelanggan di kawasan seperti terminal Lapangan Terbang Changi.

Katanya: “Semua orang yang saya kenal terjejas oleh pandemik Covid-19...daripada hanya menumpukan kepada jenama sendiri, kami memutuskan untuk membantu jenama lain.”

Syarikat baru mula, SOS Kitchen, yang menjual sos dan jam melalui wadah itu, berkata jenamanya kini lebih dikenali dan penjualannya meningkat.

Pengasasnya Encik Shilpa Sharma berkata: “Selain penjualan, wadah itu juga telah membantu kita memberikan pengalaman yang lebih baik untuk pelanggan dan kini memberi kita peluang untuk memperluaskan perniagaan.”

Food Culture Singapore mengambil komisyen dari setiap produk yang dijual.

Menurut Encik Cheng, laman itu juga akan berkongsi kisah di sebalik setiap perniagaan supaya pengguna dapat berhubung lebih baik dengan jenama tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >