Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wadah mudah hasilkan kandungan video

Jun 17, 2020 | 05:30 AM



WADAH media sosial Tik Tok merupakan satu kemudahan yang membolehkan semua individu menghasilkan kandungan untuk pelbagai tujuan yang menarik.



Disokongi trend semasa dalam Tik Tok, ia turut membolehkan pengguna menularkan kandungan masing-masing serta menyebarkannya kepada lebih ramai pengikut di wadah media sosial seperti di Instagram dan di Facebook.



Berbincang dengan Encik Tawfik Daud, seorang pencipta kandungan firma SevenOne Films, beliau berkata trend seperti ini amat bermanfaat dalam menyebarkan kandungan yang positif lebih lagi sewaktu wabak koronavirus ini.



"Saya lihat ramai menggunakan aplikasi Tik Tok untuk menghasilkan pelbagai jenis video, daripada menampilkan kandungan latihan kecerdasan jasmani, bahan lucu dan sebagainya.



"Ia benar-benar merupakan wadah yang sangat bermanfaat untuk semua, terutamanya individu yang ingin bermula melibatkan diri dalam kegiatan kandungan, sama ada untuk perusahaan atau untuk menarik perhatian orang ramai," jelasnya.



Encik Tawfik, 31 tahun baru-baru ini telah menghasilkan video berkaitan sambutan Hari Raya dalam dunia maya ekoran wabak semasa yang ditontoni lebih 44,000 orang di Instagram dan lebih 5,000 pengguna di Tik Tok.



Dalam video itu, abang iparnya yang tinggal serumah, dilihat memegang tablet Ipad Pro di mukanya dan di skrin peranti itu menampilkan wajah tetamu lain. Abang iparnya turut menyamar sebagai mereka.



Ternyata tetamunya itu merupakan individu-individu terkenal seperti pelakon dan pengacara tempatan Cik Nurul Ain, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, Ustaz Zahid Zin dan beberapa peserta lain.



Merujuk kepada contoh itu, beliau berkata kandungan ini lah yang amat bermanfaat sekali untuk para pengguna serta orang ramai.



"Memandangkan kami masih menghadapi krisis wabak sehingga kini, termasuk beberapa isu sedunia yang bakal menjejas perasaan kami, saya rasa ia lebih baik dalam kita menghasilkan video yang lucu, yang menghiburkan serta ringan ditonton.



"Tambahan pula, proses menghasilkan video itu sangat seronok. Menerusi wadah ini ia telah membolehkan kami berganding bahu, berhubung dengan teman serta sanak saudara lain," kata Encik Tawfik.



Dari sudut pasaran dan perniagaan pula, beliau menjelaskan bahawa kemudahan Tik Tok serta kepopularannya membolehkan mempengaruh atau peniaga menyebarkan jenama mereka.



Misalnya, selain kandungan yang mengikut trend semasa itu, Encik Tawfik juga menerbitkan filem pendek yang ditampilkan secara profesional dalam akaun media sosialnya.



"Lain kandugan menghasilkan keputusan serta jumlah penonton yang berbeza. Namun ia tutur merupakan satu arena di mana kami sebagai pencipta kandungan dapat membuat percubaaan.



"Menerusi Tik Tok, lebih ramai orang kini mengetahui saya mempunyai perusahaan sendiri," tambah Encik Daud.



"Dengan menggunakan wadah itu untuk menyebarkan kandungan yang ringan, lucu bahkan bakal dikaitkan dengan pengalaman kehidupan orang lain, ia menampilkan identiti kami sebagai pemilik perusahaan atau pempengaruh dengan personaliti yang mudah didekati ramai.



"Sejauh ini, wadah itu juga membenarkan saya menerbitkan kandungan kepada golongan penonton yang belum pernah saya menyampaikan sebelum ini," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >