Wadah sepadu bagi sokongan kerja, latihan dan sosial penduduk Tampines
Oct 18, 2020 | 05:30 AM
PENDUDUK di Tampines kini boleh mendapatkan sokongan yang lebih bersepadu dan menyeluruh, di tengah-tengah krisis ekonomi yang disebabkan pandemik Covid-19.
Selain daripada membolehkan mereka meneroka dan mencari pekerjaan baru, menerusi pameran Career Discovery@North East, para penduduk yang terjejas juga mampu mendapatkan sokongan sosial serta kewangan yang diperlukan.