Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wadah teknologi baru bantu pengurusan kes peguam dilancar

Jul 20, 2022 | 05:30 AM



PEGUAM kini boleh menggunakan wadah teknologi baru yang disokong oleh pemerintah untuk menguruskan kes, mengongsi dokumen dengan klien atau rakan sekerja, dan mengendalikan urusan bil.



Wadah Teknologi Perundangan atau The Legal Technology Platform, yang bertujuan membantu pengamal undang-undang Singapura menyelaraskan aliran kerja harian mereka, telah dilancarkan secara rasmi di Mahkamah Agung semalam.



Wadah itu dibangunkan bersama oleh Kementerian Undang-undang (MinLaw) dan firma teknologi Lupl, dengan maklum balas daripada lebih 100 peguam pelbagai bidang amalan diambil kira.



Semalam, MinLaw berkata ia akan membantu firma guaman membiayai kos awal penggunaan wadah itu dan alat teknologi undang-undang bersepadu yang lain.



Di bawah inisiatif pembiayaan itu, yang disokong oleh Enterprise Singapore (ESG) dan



Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), firma guaman yang layak hanya perlu membayar $21 setiap pengguna setiap bulan untuk dua tahun pertama, berbanding dengan kos langganan biasa sebanyak $69 setiap pengguna setiap bulan.



Wadah itu bertujuan membantu pengamal undang-undang kecil dan sederhana, yang mungkin menghadapi kekangan sumber dalam mengguna pakai teknologi undang-undang, dengan transformasi digital.



Tetapi ia juga tersedia untuk digunakan oleh firma guaman yang lebih besar dan peguam dalaman sebuah syarikat.



Wadah itu boleh diakses melalui pelayar Internet, seperti Google Chrome.



Templat perkara untuk jenis kes berbeza, yang menetapkan butiran seperti garis masa dan langkah yang perlu diambil, tersedia di wadah itu.



Butiran perkara perundangan, seperti statusnya dan tarikh akhir tugasan, akan dipaparkan pada wadah itu.



Peguam boleh memautkan wadah itu kepada huraian digital lain yang mereka gunakan, seperti Google Docs, dan mengakses sebarang dokumen atau maklumat yang disimpan di sana.



Wadah itu juga dihubungkan kepada aplikasi penghantaran mesej popular WhatsApp, untuk peguam berkomunikasi dengan klien mereka dari satu wadah.



MinLaw berkata terdapat rancangan untuk menyertakan ciri tambahan dalam wadah itu, contohnya, pautan kepada perkhidmatan dalam talian lain seperti portal kajian perundangan LawNet dan sistem litigasi elektronik Mahkamah Agung.



Ia telah menubuhkan sebuah jawatankuasa, yang pada masa ini terdiri daripada 10 peguam daripada pelbagai bidang amalan, untuk memberi maklum balas dan mencadangkan penambahbaikan kepada wadah itu.



Kementerian itu juga akan bekerjasama dengan Persatuan Guaman Singapura untuk menganjurkan satu siri acara jangkauan dan latihan mengenai wadah itu untuk peguam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >