WAH mahu pupuk rasa cinta pada budaya dan seni Melayu
Feb 12, 2015 | 05:30 AM
SEBUAH lagi pertubuhan baru yang memberi fokus kepada bidang dan kegiatan seni Melayu telah dibentuk baru-baru ini demi mewarnai lagi arena seni dan budaya Melayu selain mendekati penggiat seni setempat.
Kumpulan yang dinamakan Wisdom & Heritage (WAH) itu bukan sahaja ingin mempromosikan dan memupuk cinta pada budaya dan seni Melayu, bahkan mahu memberi sokongan kepada pelajar bidang seni melanjutkan pembelajaran mereka.