WAJAH baru laman web Berita Harian, BeritaHarian.sg, akan memaparkan reka bentuk laman yang responsif atau laman yang mengikut saiz skrin digital pembaca, sama ada kecil atau besar.
Pengguna tidak lagi perlu zoom lebih dekat atau lebih jauh bagi menikmati kandungan yang disediakan dalam laman web tersebut, meskipun pembaca mungkin mempunyai skrin alat digital yang pelbagai, sama ada skrin telefon bimbit, tablet atau komputer.