Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN BELANJAWAN 2019

Wajah Generasi Merdeka penyumbang besar

Feb 20, 2019 | 05:30 AM



SEPANJANG kehidupannya beliau telah banyak menyumbang kepada masyarakat, daripada membantu pesakit ginjal hingga menyumbang secara sukarela sebagai pengantara dalam mencari huraian bagi pertikaian antara penduduk.



Encik Ameerali Abdeali, 68 tahun, yang juga seorang Jaksa Keamanan, telah mengasaskan Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC) pada 2004.



Pertubuhan itu membantu pesakit ginjal, memperkasakan diri mereka supaya mereka dapat merealisasikan potensi masing-masing.



Encik Ameerali merupakan antara warga yang bakal meraih manfaat Pakej Generasi Merdeka, butirannya telah diumumkan Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat dalam kenyataan Belanjawan kelmarin.



Mengulas tentang manfaat pakej tersebut, Encik Ameerali berkata beliau bertuah mempunyai keupayaan kewangan yang stabil.



"Namun saya lebih bertuah berpeluang menyumbang kepada masyarakat dan membantu golongan yang kurang bernasib baik," kata Encik Ameerali.



Seperti tahun-tahun sudah, beliau mendengar Belanjawan yang dibentangkan Menteri Kewangan, biarpun tidak mengharap, beliau "gembira melihat pakej murah hati" bagi manfaat Generasi Merdeka.



"Bersama-sama, Generasi Merdeka telah membina di atas asas yang dibangunkan Generasi Perintis.



"Generasi kami telah membawa Singapura ke tahap yang seterusnya dan kami bangga menjadi sebahagian warga yang telah memajukan negara.



"Kami berharap kemajuan itu dapat membuka lebih banyak peluang membolehkan generasi seterusnya membawa Singapura ke tahap yang lebih tinggi sedang mereka menghadapi cabaran masa depan," kata beliau.



Bagi dirinya Encik Ameerali, berpegang pada falsafah menyumbang ke hadapan - falsafah hidup yang dipupuk Generasi Perintis sebelumnya.



Selain membantu pesakit ginjal dan menjadi pengantara yang membantu mencari huraian pertikaian dalam masyarakat, Encik Ameerali juga giat menyumbang kepada keharmonian antara agama.



Sebagai anggota Pertubuhan Antara Keagamaan (IRO) sejak 1996 beliau sering membantu menganjurkan kegiatan silang agama supaya penganut pelbagai agama mempunyai peluang berinteraksi dan meningkatkan kefahaman tentang kebudayaan dan agama lain.



"Saya mahu terus menyumbang dan memberi kepada yang memerlukan," kata beliau.



Pada masa yang sama, beliau juga akur tidak semua warga seangkatannya yang berjaya dan ada juga yang menghadapi kesukaran hidup.



"Bagi golongan sedemikian, Pakej Generasi Merdeka tentunya dialu-alukan kerana ia dapat membantu meringankan beban perbelanjaan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >