Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wajar pemerintah bangunkan sektor didikan kanak-kanak

Sektor prasekolah telah diutarakan sebagai satu daripada tiga tumpuan penting yang ditekankan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan. BERITA HARIAN meninjau apakah antara kegiatan menarik yang dilakukan Tadika Kementerian Pendidikan (MOE) dan mendapatkan pandangan guru dan ibu bapa mengenai sektor ini.
Aug 28, 2017 | 05:30 AM



SEJAK anaknya berusia dua bulan, Cik Nurul Jannah Muhammad Ismaeil, 32 tahun, menghantar anaknya ke pusat penjagaan bayi PCF Sparkletots di Toa Payoh Lorong 2.



Ibu yang bekerja sebagai pegawai perhubungan ini berkata beliau perlu meletakkan anak bongsunya, Nurul Izza Insyirah Firdaus, di pusat penjagaan bayi kerana tiada siapa yang dapat menjaga anaknya itu.



Pada awalnya, beliau mahu meletakkan anaknya di pusat penjagaan bayi berdekatan dengan tempat kerjanya di kawasan bandar tetapi yurannya yang melambung iaitu sekitar $1,500, membuatnya mencari pilihan lain berdekatan dengan rumahnya.



Kini di PCF Sparkletots, beliau hanya membayar sekitar $600 sebulan.



"Guru di pusat ini semuanya baik dan amat penyayang.



"Malah dari segi pembangunannya, saya perhatikan anak saya kini lebih aktif," ujarnya tentang anaknya yang kini sudah mencecah usia 17 bulan.



Menurutnya, hampir setiap hari ada sesi menyanyi lagu kanak-kanak dan ada kalanya anaknya itu akan mengikut gerak-geri yang berulang itu.



Meskipun ada guru baru dan muda di sekolah tersebut, mereka tetap kelihatan yakin dalam melaksanakan tugas.



Melihat perkembangan positif anaknya, ini yang membuat ibu sepertinya mengalu-alukan langkah pemerintah menambah dan memberi tumpuan lebih kepada sektor prasekolah.



Penubuhan Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak (NIEC) - institut khas untuk melatih guru prasekolah - memang wajar kerana ia akan memastikan mutu guru prasekolah semuanya pada tahap yang baik.



"Ia menunjukkan komitmen pemerintah terhadap sektor ini dan tumpuan terhadap kanak-kanak dari seawal usia dua bulan hingga enam tahun," katanya lagi.



Namun, Cik Nurul Jannah, yang juga isteri pelakon popular Fir Rahman, yang baru sahaja berpindah ke rumah barunya di McNair Road, bakal memindahkan anaknya ke pusat jagaan kanak-kanak berdekatan dengan rumahnya.



Meskipun pusat tersebut merupakan pengendali utama (AOP), beliau perlu berdepan dengan satu lagi isu iaitu makanan daripada sumber yang halal.



Namun, beliau berharap dapat berbincang dengan pihak sekolah tentang isu ini.



"Selain menambah tempat untuk kanak-kanak prasekolah, penting juga memastikan ada pilihan makanan halal agar mudah bagi ibu bapa yang bekerja seperti saya," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >