Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Setempat

Wakaf Masyarakat sokong institusi agama, masyarakat: Masagos

Jun 05, 2020 | 08:05 PM

SATU wakaf masyarakat Singapura akan ditubuhkan bagi membolehkan anggota masyarakat mewasiatkan hartanah mereka untuk menyokong institusi keagamaan, pembangunan asatizah selain program masyarakat pada jangka masa panjang.

Demikian diumumkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad hari ini (5 Jun) dalam ucapan tahunan Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri yang diadakan secara dalam talian tahun ini.

Menjelaskan, Encik Masagos berkata sistem pendanaan yang kukuh dan berdaya tahan diperlukan supaya asatizah dapat menyara hidup, program agama dapat berjalan, cendekiawan agama terus diasah dan kebajikan jemaah yang memerlukan boleh terus diuruskan, meski negara dilanda krisis ekonomi.

"Kalau usaha Wakaf Ilmu sebelum ini mengumpul aset cair (liquid asset) dari masyarakat untuk dikumpulkan menjadi aset pelaburan, Wakaf Masyarakat Singapura sebaliknya mendorong masyarakat membina aset hartanah mereka dahulu, dan mewakafkannya untuk menghasilkan aset cair pada masa mendatang.

"Justeru, hasrat saya, adalah untuk Wakaf tersebut berbentuk portfolio hartanah baru.

"Saya gembira mengetahui ramai daripada kita cukup mampan hingga memiliki hartanah selain dari rumah yang kita diami.

"Ia merupakan sumber pendapatan sampingan atau persiapan untuk persaraan, satu persiapan yang baik. Tambahan dari ini, saya mengesyorkan tuan-puan mewasiatkan hartanah tersebut kepada Wakaf Masyarakat Singapura sebagai amal jariah untuk menabur jasa kepada generasi mendatang," ujar Encik Masagos.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian