Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wakaf The Red House terima iktiraf sebutan khas Anugerah Warisan Seni Bina

Nov 01, 2017 | 05:30 AM



WAKAF The Red House telah menerima pengiktirafan sebutan khas di majlis penyampaian Anugerah Warisan Seni Bina (AHA) yang diberikan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



Bangunan ikonik yang terletak di 75 East Coast Road itu telah dapat 'menghidupkan' sejarah lampau dan menjadikannya relevan kepada awam dalam konteks moden hari ini, menurut kenyataan URA semalam.



Ini merupakan kali pertama sebuah pembangunan wakaf menerima anugerah AHA.



Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warees Investments Pte Ltd, Encik Zaini Osman, semalam.



Hartanah ikonik The Red House, milik Wakaf Sheriffa Zain Alsharoff Mohamed Alsagoff, itu merupakan bangunan terkenal, terutama di kalangan penduduk East Coast dan generasi lama yang mengenalinya sebagai Red House Bakery.



Kedai roti lama itu beroperasi dari 1925 dan ditutup pada 2003.



Wakaf itu telah dibangunkan semula meliputi 42 unit kondominium dan enam unit komersial, termasuk sebuah kedai roti sebagai satu usaha mengembalikan kegemilangan Red House Bakery.



Kafe Heavenly Wang kini menjual roti di bangunan itu.



The Red House sudah pun mula menjana pendapatan bagi menampung matlamatnya iaitu membiayai kos perubatan golongan kurang berkemampuan.



"Bagi The Red House, masa dan usaha telah disalurkan untuk membawa pengendali makanan dan minuman (F&B) yang sesuai, sebuah kafe setempat, demi mengembalikan memori sosial bagi mercu tanda masyarakat itu.



"Warees dan pengamanah wakaf itu telah dapat memenuhi tanggungjawab wakaf dan memaksimumkan pendapatan untuk dimanfaatkan oleh lebih ramai orang,'' kata Encik Lee.



Untuk menyelidik sejarah bangunan itu, pasukan The Red House telah mencari bekas kakitangan yang pernah bekerja di kedai roti tersebut.



Papan cerita mengenai sejarah bangunan itu diletakkan di sepanjang rumah kedai bangunan itu agar sejarah hartanah itu diketahui generasi sekarang dan mendatang.



Encik Zaini pula berkata: "Selain memuliharakan elemen fizikalnya, kami cuba dengan sengaja membawa balik masa lampau seperti Teh Buan Guan (pasar raya terawal) dan bakeri lama.



"Masyarakat sekitarnya dan nilai warisan itu amat penting dalam perancangan kami."



Setiap elemen bangunan seperti tiang 'merah' dan parapet dipuliharakan, manakala pemaju hartanah juga membangunkan panel maklumat atau papan cerita sebagai satu usaha pendidikan awam.



URA juga memberikan Anugerah bagi Pemuliharaan kepada gereja Cathedral of The Good Shepherd di Queen Street dan Hotel The Warehouse di 320 Havelock Road.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >