Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wake Up, Singapore diberi arahan Pofma mengenai kenyataan COP

Feb 12, 2022 | 06:46 PM



LAMAN alternatif ‘Wake Up, Singapore’ telah diarahkan untuk menerbitkan notis pembetulan bagi pos yang mengandungi kepalsuan tentang dapatan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP).



Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, yang juga Ketua Dewan, telah mengarahkan Pejabat Pofma (Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian) untuk mengeluarkan Arahan Pembetulan bagi pos di Facebook dan Instagram yang bertarikh 10 Februari.



Pos tersebut “mengandungi kepalsuan bahawa COP telah menyarankan agar Encik Pritam Singh dan Encik Muhamad Faisal Abdul Manap, dirujuk bagi prosiding jenayah, meskipun tiada dapatan oleh jawatankuasa itu bahawa mereka (Encik Pritam dan Encik Faisal) telah berbohong”.



“Dalam membuat kenyataan palsu ini, pos itu memberi gambaran jawatankuasa itu telah menyarankan langkah merujuk Encik Pritam dan Encik Faisal kepada pendakwa raya tanpa asas,” menurut satu kenyataan bagi pihak Cik Indranee yang dikeluarkan Sabtu (12 Feb).



Kenyataan itu juga berkata pos ‘Wake Up, Singapore’ itu tidak mencerminkan dapatan COP dan mengelirukan peranan jawatankuasa itu sewajarnya.



Khamis lalu (10 Feb), COP telah mengeluarkan laporan berhubung siasatan terhadap mantan Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang Cik Raeesah Khan yang mengaku berbohong di Parlimen.



Jawatankuasa itu juga menyiasat peranan pemimpin kanan WP – Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Encik Pritam; pengerusi Cik Sylvia Lim; dan naib pengerusi Encik Faisal – dalam menasihati Cik Raeesah berkenaan isu tersebut.



Cik Raeesah telah berkata pemimpin parti pembangkang itu menasihatinya supaya mengekalkan pembohongan itu, tetapi ini dinafikan pemimpin WP.



Menurut laman pemerintah Factually, jawatankuasa itu “jelas mendapati Encik Singh, Cik (Sylvia) Lim, dan Encik Faisal telah berbohong dalam keterangan mereka kepada jawatankuasa”.



“Saranan jawatankuasa agar Encik Singh dirujuk kepada pendakwa raya adalah berdasarkan dapatannya, bahawa Encik Singh telah berbohong semasa bersumpah,” menurut laman itu.



Jelas laman itu lagi, jawatankuasa tersebut tidak menyarankan langkah merujuk Encik Faisal kepada pendakwa raya bagi tindakan berbohong tetapi bagi keengganan berulang kali untuk menjawab soalan relevan oleh jawatankuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >