Wakili SG ke Olimpik Kemahiran teknikal, vokasional
Aug 15, 2019 | 05:30 AM
ANTARA 32 belia yang akan ke Kazan, Russia, bagi Pertandingan WorldSkills (WSC) pada 22 Ogos ini, Encik Muhammad Nuh Mohamed Zan, 23 dan Encik Farhan Hanis, 20, dari Politeknik Temasek diberi peluang mewakili Singapura dalam bidang kemahiran masing-masing buat julung-julung kalinya.
Pertandingan WSC ini merupakan 'Olimpik Kemahiran', pertandingan kemahiran teknikal dan vokasional yang terbesar di dunia.