SMRT akan memulakan waktu permulaan baru bagi 13 stesen MRT di laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) lusa.
Sebanyak 13 stesen MRT di sepanjang laluan Timur-Barat dari Joo Koon ke Queenstown, dan laluan Utara-Selatan dari Jurong East ke Bukit Gombak akan bermula pada 7 pagi setiap Ahad bagi tempoh 5 Jun hingga 18 Disember ini.