Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Waktu operasi MRT hujung minggu lebih singkat di Laluan Timur-Barat pada Mac

Jan 20, 2018 | 05:30 AM



KESEMUA 35 stesen di Laluan Timur-Barat (EWL) akan beroperasi lebih singkat sepanjang hujung minggu Mac ini, pengendali kereta api SMRT mengumumkan semalam. Semua stesen akan ditutup lebih awal setiap Jumaat dan Sabtu, 11 malam dan dibuka 8 pagi setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Mac, lapor The Straits Times.



Kereta api biasanya beroperasi dari 5.30 pagi hingga kira-kira tengah malam setiap hari dan waktu operasi biasa itu akan disambung semula bermula 1 April.



Penutupan lebih awal juga pada 12 dan 14 Mac ini semasa cuti sekolah selama seminggu itu.



Bas ulang-alik yang membawa penumpang semasa ketiadaan MRT akan diumumkan kemudian.



Waktu operasi lebih pendek akan memberi lebih banyak masa bagi kerja penyelenggaraan dan pembaharuan - yang biasanya dilakukan di luar waktu perkhidmatan - serta mempercepat pelaksanaan sistem isyarat baru di EWL.



Waktu operasi lebih pendek di 10 stesen EWL yang bermula bulan ini, akan diteruskan sehingga hujung minggu pertama Februari ini, kata SMRT. Di lapan stesen antara Paya Lebar dan Pasir Ris, serta stesen Expo dan Changi, khidmat MRT akan tamat kira-kira sejam lebih awal pada 11 malam 2 hingga 3 Februari ini dan akan bermula 8 pagi pada 3 dan 4 Februari ini.



Empat perkhidmatan bas ulang-alik akan disediakan semasa ketiadaan kereta api. Khidmat MRT di Laluan Utara-Selatan (NSL) antara stesen City Hall dan Raffles Place juga ditiadakan selepas 11 malam pada 2 dan 3 Februari dan 7 pagi pada 3 dan 4 Februari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >