KEADAAN lalu lintas lancar di bahagian pertama Lebuh Raya Lornie apabila ia mula digunakan oleh pemandu semasa waktu sibuk semalam.
Bahagian pertama lebuh raya itu - yang sebelum ini dikenali sebagai Bukit Brown Road - telah dibuka kepada lalu lintas pada 3 pagi kelmarin selepas beberapa kali ditangguh sepanjang tempoh lebih dua tahun.