Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Walau cuaca panas, keluarga SG terus sambut Hari Kebangsaan di Bendungan Marina

Aug 09, 2022 | 07:42 PM





Encik Syed Faisal Syed Ismail dan keluarganya sanggup menahan cuaca panas hampir sepanjang hari di kawasan terbuka Bendungan Marina untuk menikmati Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang berlangsung di sekitar kawasan Marina Bay hari ini (9 Ogos).



Kakitangan awam berusia 40 tahun itu berada di situ dengan isteri, dua anak serta pembantu rumahnya untuk menyaksikan bunga api yang akan menyinarkan pencakar langit Marina Bay dengan cahaya warna warni.



Lengkap dengan tikar dan makanan ringan, beliau berkata:



“Sambutan tahun ini sangat istimewa sebab sudah dua tahun kami menyambutnya di rumah dan kami harus mencari pelbagai cara kreatif untuk menyambutnya dengan anak-anak kami lebih gemar bermain di luar.



“Jadi ini satu langkah bagi Singapura, atau pun kami sudah mencapai ke tahap di mana kami dapat menikmati hidup seperti biasa.”



Ekoran pandemik, sambutan Hari Kebangsaan diadakan dengan skala kecil pada 2020 dan 2021.



Isteri Encik Syed Faisal, Cik Nurliana Supaat, 38 tahun pula berkata:



“Tahun ini memberi nafas baru kepada kami setelah dua tahun berkurung, kami seolah dapat kembali kepada diri kami yang lebih bebas dahulu."






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >