Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Walau hamil, tetap turun padang dekati penduduk

Apr 02, 2017 | 05:30 AM



SEBAGAI seorang wanita berkerjaya yang sibuk sepanjang hari, Cik Rahayu Mahzam sememangnya berdikari orangnya.



Malah, sifat sedemikian disukai suami beliau yang juga sibuk dengan kerjayanya, kata Cik Rahayu.



Namun, dengan keadaan beliau yang sarat mengandung kini, Cik Rahayu lebih 'dimanjakan' suaminya.



"Kebelakangan ini, mungkin dengan keadaan saya, bolehlah nanti dia ambilkan atau belikan barang. Memang saya rasa keprihatinannya lebih kerana saya sudah susah nak bergerak, jadi kerja rumah dia yang bantu.



"Saya masih lagi tinggal dengan ibu dan ayah saya, jadi mereka banyak membantu. Tetapi kalau soal bersihkan bilik, suami saya akan cuba bantu.



"Barang yang saya perlukan, dia akan belikan dan sebagainya.



"Itu pun sudah memang dia lakukan sebelum saya hamil tetapi mungkin ada sedikit keprihatinan tentang apa yang saya mahu makan, apa yang saya kepingin nak rasa, lebih mudah berikan arahan suruh belikan barang," kata beliau sambil ketawa.



Cik Rahayu dijangka melahirkan seorang anak lelaki pada 15 April ini.



Menurut beliau, nama bayinya belum ditentukan lagi tetapi beliau dan suaminya sudah mempunyai senarai pendek nama yang diinginkan bagi bayi mereka.



Cik Rahayu turut mengongsi bahawa beliau seorang yang sedikit pemalu semasa kecil.



Justeru, beliau berharap anak yang bakal beliau lahirkan itu akan menjadi seorang anak yang berkeyakinan diri, berani berjuang bagi sesuatu yang dirasakan penting dan dapat memberi sumbangan kepada keluarga dan masyarakat.



Beliau juga berharap dapat membesarkan anaknya itu dengan nilai penting seperti hormat orang tua, jaga tatasusila dan mempunyai rasa peduli terhadap masyarakat - sesuatu yang turut dititikberatkan ibu bapa Cik Rahayu sendiri.



"...apa yang jelas pada saya ialah ibu bapa saya amat mementingkan keluarga dan ibu bapa mereka, rasa hormat dan sifat tanggungjawab amat kuat.



"Saya rasa itu mungkin satu perkara penting yang saya harap anak ini faham bahawa kita perlu sentiasa menjaga orang di sekeliling kita, terutama sekali keluarga kita," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >